Skip to main content

Posts

Unexpected Kindness

"Jika kau minta bulan permata belum tentu ku mampu."  Tiba-tiba teringat lagu ni, tak silap lagu Yuna Zarai kot aku lupa dah. Terlalu lama aku tak meluahkan perasaan dalam penulisan.  Mungkin sebab aku dah lama tak membaca? Mungkin. Atau Terlalu banyak luahan yang tidak dapat aku huraikan dalam penulisan. Mungkin juga.  Kadang tu, ada idea yang aku ingin coretkan tapi sebab ia datang pada Waktu yang tidak tepat, dan setelah lama ia terbenam dalam kepala, sampai sudah tak muncul juga.  Tiada kaitan, tapi nak bercerita je. Huhuu.  Semalam aku pergi berenang, sebab dah lama kan aku tak berenang, hampir 4 tahun ke? Jadi bermula bulan lepas aku ajak adik aku pergi berenang.  Dan memang betul, aku dah tak ingat cara nk berenang, yeah dulu pon pandai sikit-sikit je, budak baru nak belajar katakan. Bila dah lama, skil yang tak Mahir memang akan cepat lupa lah kan.  Aku struggle nak catch up balik skil renang tu, fuhh hari pertama habis sakit otot aku, sebab ak...

Padang

Padang itu, Masih padang yang lama..  Rumput, buaian masih yang sama. Di tempat dulu.  Sewaktu aku galak berkejaran, dari satu buaian ke tempat gelongsoran. Seronok..kenangan Waktu dulu. Hari ini aku ke situ.  Perasaannya lain.  Aku terasa pilu.  Mungkin kerana aku sudah dewasa.  Atau kerana aku rasa semua sudah berbeza. Tempat yang sama, mainan yang sama.  Tapi aku mungkin sudah tidak sama seperti dulu. Aku kira, mungkin aku berubah. Tapi orang-orangnya masih sama. Kenapa rasanya sudah berbeza? Thinker Star ~amane~

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

Mampukah Kita Untuk Berubah

Hampir separuh dari umur, aku cuba untuk membuat orang-orang faham kehendak aku, cara aku. Jika suara hatiku tidak difahami, tidak didengari, aku lebih senang mengeskpresikan dengan tindakan agresif. Aku fikir dengan cara itu aku boleh meluahkan apa yang terbuku dan mereka akan faham. Itu kesilapan terbesar aku. Setelah aku faham. Aku cuba untuk ubah. Sebab aku penat. Dan aku sedar, aku patut ubah untuk lebih faham diri aku sebelum aku mahu orang faham aku.  Bila aku sudah mulai kenal diri aku, aku selami tindakan aku dari kecil, seusia remaja dan sehingga aku sudah dewasa. Aku mahu orang faham aku. "Itu salah." Selepas itu, aku juga mula sedar yang aku mahu orang ikut cara aku. Sebab itu aku mahu orang faham aku. "Itu juga salah." Aku tidak boleh ubah orang untuk ikut cara aku. Sebab aku juga kadang tidak mampu ubah diri aku untuk jadi orang yang aku mahu. Detik itu aku mulai faham sesuatu. Hal-hal berat yang aku fikir dibenak kepala aku terasa hilang separuh. ...

Sikap dan Tabiat

Setiap manusia diciptakan dengan sikap dan tabiat yang berbeza. Apa yang membezakan sikap dan tabiat adalah cara mereka mengatasinya. Ada sikap dan tabiat buruk yang mungkin boleh diubah, Dan mungkin itu juga secara lumrahnya ianya ada?

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap...

Tiadanya Abah, Baru Aku Tahu Ertinya Sepi

Hari ini genap 30 Hari setelah kepergian abah (28 Aug 2019, Rabu jam 6:30, 27 Zulhijah). Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abah aku yea. Aku tak tahu kat mana nak bermula, tiba-tiba rasa aku nak meluahkan perasaan aku di sini walaupun sudah bertahun blog aku terbiar usang bersawang. Tapi hari ini terasa berat di hati, aku ambil keputusan untuk bercerita di sini. Rindunya pada abah membuat aku tahu makna sebenarnya sepi, rindu pada insan yang tiada walaupun jauh di sudut hati. Aku masih berharap ini semua hanyalah mimpi walaupun realitinya, yea abah sudah meninggalkan kami. Segala yang aku rancang dan aku inginkan tidak seperti yang aku harapkan. Kerana perancang teragong adalah Allah swt yang lagi tahu yang mana terbaik buat aku dan keluarga aku. Bohong aku kata, aku tidak terdetik kenapa abah terlalu awal dijemput-Nya. Kenapa pada masa ini. Kami masih perlukan abah. Aku masih perlukan abah. Banyak janji yang tidak tertunai, banyak hasrat yang tidak terlaksana, tidak terluah. Mengi...

Keliru Itu Aku, Tetapi Kenapa Aku?

Keliru. Ya, aku keliru. Apabila ia tidak seperti yang aku harapkan. Tidak juga seperti orang lain tetapkan. Aku jalani apa adanya, tanpa paksaan sesiapa. Kerana hidup ini, hidup aku, aku yang jalani. Persoalan kian muncul, betulkah apa yang terjadi? Apakah aku cuba bermain dengan api. Aku keliru, dalam menentu hala tuju, Kerisauan ini, tidak pernah muncul sebelum ini, Tapi kini, aku mulai terasa, aku tersasar, aku risau aku mengecewakan. Ramai orang termasuk diri aku sendiri. Teraba aku mencari hala tuju, aku menyimpang. Aku tahu itu salah, tapi aku teruskan, kenapa? tell me why??! Masihkan ada ruang aku memperbetulkan semuanya???

Masa Ini, Ketika Ini

Hari ni, oh bukan. Sebenarnya beberapa hari ni, terutamanya semalam. Banyak sangat hal yang berlaku. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan yang aku alami. Sedih? Kecewa? Bosan? Serabut? Gembira? Rindu? Semuanya berkecamuk di dalam jiwa. Tidak terluah. Seperti ada batu yang menghempas ke

Luahan untuk hampir setahun

Setelah sekian lama aku mendiamkan diri kat blog ni, hari ni tetiba ada mood rajin untuk menaip entri. Rupanya untuk tahun ni, langsung takde entri dari aku. Sob sob sob. Sibukkah? Mungkin, padahal malas sebenarnya. Banyak benda yang nak di luah sehingga tak terluah, banyak benda yang nak di cerita sampai tak tau nak mula dari mana. Oh yea, aku sekarang still dalam proses untuk habiskan master aku, sekarang dah sem 3, bermakna, aku akan habis tahun depan, sekiranya, tiada aral. Moga-moga habis seperti yang dirancanglah. Walaupun aku tahu keadaan kemalasan aku sekarang ni agak berbahaya untuk di saat saat genting ni. Banyak benda dah berlaku tahun ni, ada yang di luar jangkaan aku, ada yang lari dari planning aku, tapi for sure, selagi belum tiba masa, kita tak nampak lagi hikmah dia kan? Kita sangka baik jela,usaha, redha,dan tawakal. Itu jela yang mampu untuk di buat. Moga tahun depan ada sirna buat diri aku. Harap harap aku dah boleh grad dan konvo tahun depan. Cepat cepatlah...

Muhasabah Diri

Hari terdetik nak tulis entri baru sebab baru lepas hantar email kat team partner, ada satu kejadian yang buat aku terfikir dan terdetik sesuatu yang aku rasa penting untuk peringatan diri aku ni. Pernah tak mengalami keadaan di mana semua orang salahkan kita, dan kita rasa kita tak bersalah. Ada kemungkinan kat sini, pertama kita memang tak bersalah tapi di salahkan a.k.a jadi kambing hitam untuk sesuatu kejadian yang orang lain tak sanggup nak bertanggungjawab dan kemungkinan kedua adalah sememang kamu bersalah! Kalau keadaan pertama tu, tak dapat eden nak nolong, yang boleh hanya cakap peace yo, sabar ajelah, dugaan hidup, langit tak selalunya cerah, mendung akan berarak pergi, mungkin kalini kita di bawah, lain hari tiada siapa yang tahu..cehh..ayat kasi baik punya..HAHAH.. Okay untuk kes kedua, kita kena muhasabah diri, sebab biasa la manusia selalu rasa diri tu betul. Kita ego nak ngaku kesalahan diri, kita blame orang lain yang tak faham kita dan cuba kenakan kita walhal da...

Penyelesaian Masalah

1)Kenalpasti permasalahan 2)Analisis masalah -Apa punca permasalahan -Kesan dari masalah -Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah 3)Kenalpasti penyelesaian -Apa penyelesaian yang diperlukan -Kesan sampingan yang diperoleh :- -Negatif atau positif -Jangka masa terdekat dan masa depan 4)Perbandingan di antara penyelesaian masalah 5) Setelah melakukan semua urutan 1 hingga 4, adakah sudah dapat menyelesaikan masalah? a) Jika dengan menyemak dan mengkaji permasalahan menggunakan kaedah di atas dapat mengurangkan kekangan perasaan seperti stress dan rasa ketidakpuasaan hati. -Bermakna ia bukanlah masalah terbesar buat diri, sila istiqamah. b) Jika perasaan berasa yakin dan lega dengan penyelesaian yang ditemui -Ya, mungkin ia keputusan yang terbaik. Sila timbang tara kebaikan dan keburukkan, yang mana lebih menonjol dan memberi impak dalam arah tuju hidup.

Sandaran Hati

Perjalanan yang diharungi hari demi hari terasa seperti suram. Tiada kisah cerita yang terpahat. Yang ada hanya epilog epilog perjalanan aku menghabiskan sisa waktu. Melihat teman-teman yang semakin ramai yang beranjak ke fasa yang baru,terdetik jauh nun dihati, bagaimanakah pengakhiran kisahku. Namun, aku pasrah kerana aku yakin pasti ada cerita yang menarik buatku di masa hadapan kelak. Aku cuba berfikiran positif, walaupun terkadang dijiwaku teramuk seribu satu pertanyaan dan pengharapan. Aku cuba bersabar. Saban waktu, aku cuba mengisi waktu dengan cara aku sendiri, kadang-kadang aku terfikir apakah betul jalan yang aku pilih? Adakah ini yang aku kehendaki? Tatkala teman seusiaku menghabiskan waktu dengan insan-insan tersayang, dan aku hanyalah dengan assignment, test dan buku-buku ilmiah yang tidak akan putus selagi aku tidak tamat pengajian sarjana aku. Ya, mungkin sekiranya yang terjadi tidak terjadi seperti itu, mana mungkin aku menikmati apa yang aku miliki pada ...

Sekian lama

Selongkar setiap rasa, hati kian meronta, digapai kenangan, namun tiada pengakhiran. Mimpi semalam menerjah hati, Adakah petanda, atau hanya mainan mimpi. Mungkin aku harus perkuatkan diri, Untuk menempuh rintangan yang menanti. Bila masa akan berlalu, Membawa semua kenangan itu, Agar aku terus bangun, membuka lembaran baru. Ditanya rasa, ditepuknya dada. Terasa kecewa, mencengkam jiwa. Ku paksa bibir tersenyum ceria, Semoga semuanya baik-baik saja. Tidak ku pinta, Kenangan itu menjengah, Tidak ku pinta, Ia datang berulang, Cukuplah saja, jangan ditanya mengapa, Kerana aku juga ingin bahagia. p/s: lama tak berjiwang, mungkin aku sudah beransur sembuh..hakks! :P

Amarah

Perasaan marah atau amarah adalah sesuatu yang tidak elok dan bagus untuk diri dan kalau nak diikutkan agama kita pon menyuruh kita bersabar. Marah itu kawan syaitan. Yess!! Aku tahu fakta tersebut. Tapi..tapi..kadang-kadang perasaan amarah tu tak dapat dibendung. Aku bukan hot temper, tapi aku sering cepat nak marah. pasai apa? Pasal aku rasa benda tu tak patut terjadi. Sebab apa, sebabaku dah explain dan cakap berulang kali, tapi masih ada yang buat tak serupa macam aku nak. Aku bukan seorang yang nak semua nak perfect jer. Tapi at least, please la jangan buat something yang undang amarah aku, aku cuba nak bersabar dooh.. Sejak dari semalam lagi aku rasa nak marah, nak marah sebab aku kecewa sebab orang tak faham aku, dan tak buat macam aku nak walaupun aku dah cakap berulang kali. Lepas tu, arini terjadi la. Aku adela order satu barang ni online la. Aku ni bukan sejenis manusia yang suke beli online. Selama aku hidup ni leh kira dengan jari berapa kali aku beli online, tak s...

Kesopanan?

Sudah lama aku berkira kira nak taip entri yang baru. Tapi akhirnya, tetiba aku terasa nak menaip. Dah alang alang duk depan laptop. (Alasan sangat..padahal memang malas nak buka laptop kalau kat rumah). Oh, TidakKKKK!!! Arini aku lunch sempat lagi membelasah KFC. glurp!! Semalam makan chicken chop hasil kawan aku merangkap housemate aku(Namakan dia Ms. B) belanja sebab lulus test lesen memandu. Suka sangat la teww..hahaa Okay. Berbalik pada entri ni. Aku dengan keadaan perut kenyang dan rasa bersalah pada diri kerana berjaya menambah lemak yang sedia ada. Tetiba terdetik kat hati aku pasal kejadian semalam. Okay, semalam aku dengan Ms. B ni, nak pergi makan kat satu kedai tu, kedai XXX la dekat depan rumah aku tu. Kami pon duduk la, belek punya belek menu tu, aku tak tau nak makan apa. Sama la juga dengan Ms. B. Aku pon tercakap la, terasa nak try la chicken chop dekat pasaraya terkemuka tu. (terkemuka la sangat, teringat kejadian side mirror kete aku kena calar...sama calar de...

Di sana, di sini; Begitu,begini.

Kadang-kadang kenapalah sesetengah orang suka membuatkan sesuatu yang mudah tu jadi payah? Sungguh aku tak faham. Contohnya begini, Orang pelik > Eh mane dekat n tak jem kedai berger dinosour dengan kedai nasi gulai sliper jepun Orang bingung > Eh kau nak gi ngan sape ni? Cpt ckp baru aku bgthu...lalalalalalalaaaaa Orang pelik > bukan aku tanya la ngok, kawan aku. Orang bingung > Memang la kawan ko tanya, tapi ko mesti gi jugak kan? Macam la aku xtau. aku takdela bongok sangat. Orang pelik > Eh, sejak ko nak masuk sekolah ni, makin bijak la. hahaha Orang bingung > Ala, ko tu suke ckp belit belit. Susah tul nak cakap straight to the point. Nak kuar dgn "kwn" ko tu cakap je la. Orang pelik > Eh mane ade aku cakap belit, ko ni mandai je.bla bla bla (ayat orang yang nak ngelat. sbb dah kantoi) Orang bingung > wat ever Orang pelik > hahaa...nada tak puas ati nampak Orang bingung > .....not reply anymore (dalam hati ade lava mengalir) ...

Aku Pikirin

Fuh! Dah lama aku tak mengupdate blog, walaupun setiap hari, ada sesuatu yang aku ingin kongsikan di sini. Tapi oleh sebab idea itu mencurah di waktu yang tidak sesuai, aku tak punya kesempatan untuk mengetipnya di sini. Yela, waktu bersiap nak g opis la, waktu drive la, baru ada rasa nak berblog, mana mungkin sebab itulah asyik tertunda saja sampaikan aku tak ingat apa yang hendak di bahaskan di sini. Oh! Sebelum terlupa, seperti yang pernah aku katakan di coretan yang sebelum ni, aku kata nak tunggu sesuatu kan? Hooyeaah! Aku dah dapat info, insyaallah, sabtu ni, 24 Ogos 2013 aku akan mendaftar di uitm shah alam sebagai student, again! yup, for master study in it. huuu...kali ni moga grad dengan cemerlang dan dapat KONVO  yea.....tengok, besau aku taip, betapa nak tekankan konvo tu, hahaaa, sapa yang rapat dengan aku mesti tahu kenapa, huuuu ;p p/s: waiting for second news, hope it was a good news too.. tak sabarnya...agagaaaa...wait next update yes, will try to update som...

Hari ini Melalut

Kasih sayang, terlalu indah untuk dikenang.. Huhuuu. Jiwang sey lagu ni. Lupa dah tajuk apa. Tapi a few years before, kawan aku bagi lagu ni kat aku. Mesti dia tengah hangat bercinta dengan seseorang dan nak sharing dengan aku kununnya. hahaaa..Bestnya bila teringat kenangan masa muda belia..the most enjoyable time.. huuu. Oh, bila mengenangkan kehidupan sekarang, sangat jauh berbeza. Adakah sebab peningkatan umur selaras dengan kematangan ataupun memang hidup aku sekarang tidak seindah zaman remaja. Mungkin kerana zaman-zaman kegemilangan sudah berakhir. Ada orang kata, untuk perempuan, biasanya zaman yang paling gemilang adalah pada umur 19 tahun hinggalah 23 tahun. Betulkah telahan aku ni? Atau hanya teori yang aku cipta sendiri berasaskan pengalaman sendiri..Woohaa.. Betullah kot, atau mungkin tengok pada individu la kot. Umur dah makin meningkat, of course la jiwa pon cepat sensitif, walaupun sejak dari dulu agak sensitif. Tapi sekarang makin kerap pulak dihimpit rasa sun...