Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap

Tiadanya Abah, Baru Aku Tahu Ertinya Sepi

Hari ini genap 30 Hari setelah kepergian abah (28 Aug 2019, Rabu jam 6:30, 27 Zulhijah). Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abah aku yea. Aku tak tahu kat mana nak bermula, tiba-tiba rasa aku nak meluahkan perasaan aku di sini walaupun sudah bertahun blog aku terbiar usang bersawang. Tapi hari ini terasa berat di hati, aku ambil keputusan untuk bercerita di sini. Rindunya pada abah membuat aku tahu makna sebenarnya sepi, rindu pada insan yang tiada walaupun jauh di sudut hati. Aku masih berharap ini semua hanyalah mimpi walaupun realitinya, yea abah sudah meninggalkan kami. Segala yang aku rancang dan aku inginkan tidak seperti yang aku harapkan. Kerana perancang teragong adalah Allah swt yang lagi tahu yang mana terbaik buat aku dan keluarga aku. Bohong aku kata, aku tidak terdetik kenapa abah terlalu awal dijemput-Nya. Kenapa pada masa ini. Kami masih perlukan abah. Aku masih perlukan abah. Banyak janji yang tidak tertunai, banyak hasrat yang tidak terlaksana, tidak terluah. Mengi