Skip to main content

Unexpected Kindness

"Jika kau minta bulan permata belum tentu ku mampu." 
Tiba-tiba teringat lagu ni, tak silap lagu Yuna Zarai kot aku lupa dah.

Terlalu lama aku tak meluahkan perasaan dalam penulisan. 
Mungkin sebab aku dah lama tak membaca? Mungkin.
Atau Terlalu banyak luahan yang tidak dapat aku huraikan dalam penulisan.
Mungkin juga. 

Kadang tu, ada idea yang aku ingin coretkan tapi sebab ia datang pada Waktu yang tidak tepat, dan setelah lama ia terbenam dalam kepala, sampai sudah tak muncul juga. 

Tiada kaitan, tapi nak bercerita je. Huhuu. 

Semalam aku pergi berenang, sebab dah lama kan aku tak berenang, hampir 4 tahun ke? Jadi bermula bulan lepas aku ajak adik aku pergi berenang. 
Dan memang betul, aku dah tak ingat cara nk berenang, yeah dulu pon pandai sikit-sikit je, budak baru nak belajar katakan. Bila dah lama, skil yang tak Mahir memang akan cepat lupa lah kan. 

Aku struggle nak catch up balik skil renang tu, fuhh hari pertama habis sakit otot aku, sebab aku main buat je kan, tEknik yang salah Campur dengan otot yang lama tak bersenam, memang sakit otok Lengan aku sampai tak boleh nak tidur malam tu. 

Dijadikan cerita, semalam aku pergi lah kan berenang lagi, memang aku cepat mengah sebab time nak berenang tu, aku tak boleh amik nafas, jadi cepat penat. Otot lengan pon sakit. 

Aku tak mengalah, aku cuba lagi nak bagi dapat balik skil renang aku. 
Oh yea, aku pergi time ladies hour kat Marina Putrajaya. 
So time tu ladies jela. Okay, time aku renang semalam, lane sebelah aku tu, memang nampak lah dia power berenang..dengan banyak gak dia bawak accessories renang dia. 

Aku usha je dia, malu pon yea, sebab aku berenang tak pandai.. Hahahaa.. 
Aku dalam hati, seronoknya dia berenang macam-macam gaya ada. 
"Aku nak juga, tak banyak gaya pon, janji dapat berenang kan," Rintih aku dalam hati. 

Aku dalam duk cuba blaja berenang tu, tengah aku floating tu, aku macam terlanggar seseorang. Aku macam "eh sorry saya tak nampak" ingatkan aku pergi masuk Lane org lain time aku terapung tu kan. Rupanya org Lane sblh aku. 
Dia cakap something bunyi mcm band band. Camtu... Aku ingat apa. 
Dia ckp mana band ke apa.. Aku blur weh.. Sebab mcm tiber je kan. Lepas tu, aku cakapla apa yg otak aku fikir, aku cakap oh band ada tak pakai. 
Mcm blur gitu. 
Lps tu dia cakap lah. 
Sini tak boleh ajar berenang, tapi mari sy tunjuk awak satu cara kat awak. Dia pon macam takut-takut masa nak bagitahu aku tu. 
Aku macam eh... Okay.. Apa dia. 

Dia ajar aku weh step nak berenang dgn betul.. Dia guide aku. Aku macam fuhh apa dia ajar tu baru aku ingat step coach renang ajar aku dlu. 
Dan yeaaa.. Cara itulah yg buat kita tak penat. Dan cara yg betul. 

Tengah dia duk ajar tu, masa dah nak abis. 
Aku kena keluar dr kolam.. So shedey...aku sembanglah sikit dengan dia, dia selalu datang ke situ, dia cakap dia nak tournement apa ntah, aku lupa. Otak aku ni kalau aku bagi signal tak penting, memang takkan masuk otak.. Hahaha. 

Aku rasa masa eh, seronok gembira, sebab benda yg macam spontaneous gitu. 
Unexpected Kindness. Buat aku rasa macam, eh baik la dia, aku pon nak jadi orang yang baik, yang Tolong org dengan tiba2 tanpa harap balasan. 
Memori lama datang balik. 
Aku dikatakan bertuah la juga, tak kira aku dalam Masalah, musibah ke, atau random situasi, ada je ditemukan orang yang baik2. Rasa weh goosebumps. 
"Be good, do good. Something good will come..." Tiber.. Hahaa. 
Tapi betullah, kebaikan Kadang datang tanpa terduga. 

Benda nampak kecik, tapi cukup buat hati aku jadi besar. :3)


Comments

Popular posts from this blog

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap