Skip to main content

Hari ini Melalut

Kasih sayang, terlalu indah untuk dikenang..
Huhuuu.
Jiwang sey lagu ni. Lupa dah tajuk apa. Tapi a few years before, kawan aku bagi lagu ni kat aku.
Mesti dia tengah hangat bercinta dengan seseorang dan nak sharing dengan aku kununnya.
hahaaa..Bestnya bila teringat kenangan masa muda belia..the most enjoyable time..
huuu.

Oh, bila mengenangkan kehidupan sekarang, sangat jauh berbeza. Adakah sebab peningkatan umur selaras dengan kematangan ataupun memang hidup aku sekarang tidak seindah zaman remaja. Mungkin kerana zaman-zaman kegemilangan sudah berakhir. Ada orang kata, untuk perempuan, biasanya zaman yang paling gemilang adalah pada umur 19 tahun hinggalah 23 tahun. Betulkah telahan aku ni? Atau hanya teori yang aku cipta sendiri berasaskan pengalaman sendiri..Woohaa.. Betullah kot, atau mungkin tengok pada individu la kot.

Umur dah makin meningkat, of course la jiwa pon cepat sensitif, walaupun sejak dari dulu agak sensitif. Tapi sekarang makin kerap pulak dihimpit rasa sunyi, rasa keseorang. Allahuakbar.. Apa nak jadi yea.
Sibuk memikirkan hal dunia sehingga kadang-kadang terlupa nak kejar yang akhirat...sob sob.

Kalau dulu hidup rasa terisi dan ada something fun yang boleh dibuat, tapi sejak dah bekerja, hidup sendiri ni.
Tetiba rasa i'm alone. Tetiba rasa takde kawan. Yelah bila dah umur macam ni, kebanyakkan kawan semua dah berumah tangga dan sekurang-kurangnya ada kawan spesial gitu.. hahaa..
Oleh hal yang demikian, aku punya kenalan pun sudah berkuranganlah untuk lepak-lepak hilangkan kebosanan.
Tiba-tiba la aku merenungkan apalah nasib diri ni... Aku fikir-fikir, kemudian, takde penghujung aku stop thinking sebab benda tu buat aku down. Semuanya akan terjadi bila ia perlu terjadi, right?


Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap...