Skip to main content

Luahan untuk hampir setahun

Setelah sekian lama aku mendiamkan diri kat blog ni, hari ni tetiba ada mood rajin untuk menaip entri.
Rupanya untuk tahun ni, langsung takde entri dari aku. Sob sob sob.
Sibukkah? Mungkin, padahal malas sebenarnya.
Banyak benda yang nak di luah sehingga tak terluah, banyak benda yang nak di cerita sampai tak tau nak mula dari mana.
Oh yea, aku sekarang still dalam proses untuk habiskan master aku, sekarang dah sem 3, bermakna, aku akan habis tahun depan, sekiranya, tiada aral. Moga-moga habis seperti yang dirancanglah. Walaupun aku tahu keadaan kemalasan aku sekarang ni agak berbahaya untuk di saat saat genting ni.

Banyak benda dah berlaku tahun ni, ada yang di luar jangkaan aku, ada yang lari dari planning aku, tapi for sure, selagi belum tiba masa, kita tak nampak lagi hikmah dia kan? Kita sangka baik jela,usaha, redha,dan tawakal. Itu jela yang mampu untuk di buat.
Moga tahun depan ada sirna buat diri aku.
Harap harap aku dah boleh grad dan konvo tahun depan. Cepat cepatlah abis kehidupan yang kelam kelibut ni.

Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku.