Skip to main content

Tiadanya Abah, Baru Aku Tahu Ertinya Sepi

Hari ini genap 30 Hari setelah kepergian abah (28 Aug 2019, Rabu jam 6:30, 27 Zulhijah). Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abah aku yea. Aku tak tahu kat mana nak bermula, tiba-tiba rasa aku nak meluahkan perasaan aku di sini walaupun sudah bertahun blog aku terbiar usang bersawang. Tapi hari ini terasa berat di hati, aku ambil keputusan untuk bercerita di sini.
Rindunya pada abah membuat aku tahu makna sebenarnya sepi, rindu pada insan yang tiada walaupun jauh di sudut hati. Aku masih berharap ini semua hanyalah mimpi walaupun realitinya, yea abah sudah meninggalkan kami. Segala yang aku rancang dan aku inginkan tidak seperti yang aku harapkan. Kerana perancang teragong adalah Allah swt yang lagi tahu yang mana terbaik buat aku dan keluarga aku. Bohong aku kata, aku tidak terdetik kenapa abah terlalu awal dijemput-Nya. Kenapa pada masa ini. Kami masih perlukan abah. Aku masih perlukan abah. Banyak janji yang tidak tertunai, banyak hasrat yang tidak terlaksana, tidak terluah. Mengimbas kembali, terkenang perkara yang lalu, membuat aku lagi sebak. Ya Allah sungguh jiwa aku sunyi. Kesunyian yang aku makin terasa sebelum ini, makin aku terasa setelah pemergian abah. Jika aku yang sedia lopong, jadi lohong, yang tidak akan dapat disi dengan apa pun. Hala tuju aku di mana? Sehari-hari aku meniti hari, hal yang berlaku tetap sama. Aku cuba membisikkan pada hati, "kau harus sabar, Allah ada perancangan yang terbaik untuk mu" Tapi bilakah waktunya tiba Ya Allah?

Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

satu hAri

pagi td aku g test muet.... pergh!!..kene duk seat paling dpn..btul2 dpn pengawas.... dh r..aku 'paling' suke duk dpn....haha... tp lame2....mcm bersyukur gak leh duk citu... coz dpn kipas....xde r aQ berasap sambil jwb muet tu.... :) tu part seat...blom ag msuk part test dia....aduila.... main ikut suke hati aQ jew....nk writing essay tu...haha...xtau leh brape sen.... erm part yg mcm hampeh cikit...time listeninG tu....aduila....xclear sgt r..sound dia..dh r slanga bi dia aQ dh xbrape nk paham ++ ngn gema dewan tu lak.... terkontang- kanting r aQ duk dgr mende alah tu duk membebel.... ahak..ahak..ahak... ************************************** huhu.... abiH r..... aQ nmpak si xXx lalu dpn umah aQ..... dia pegi cc kot.... huhuhu... mst td dia ingt aQ date ngn si akramin.... rosak reputasi klu gitu.... wawwawawa....

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri.