Skip to main content

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan.

Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, apa buktinya? Jika dikata cinta, di manakah ia? Aku insecure, yea. Sebab itu aku perlukan perbuatan, bukan kata-kata semata.
Jika cintaiku aku, cintailah dengan perbuatan mu. Dari layananmu aku tahu menilai di mana nilainya cinta dan sayang.


Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku.