Skip to main content

Sandaran Hati


Perjalanan yang diharungi hari demi hari terasa seperti suram.
Tiada kisah cerita yang terpahat.
Yang ada hanya epilog epilog perjalanan aku menghabiskan sisa waktu.
Melihat teman-teman yang semakin ramai yang beranjak ke fasa yang baru,terdetik jauh nun dihati, bagaimanakah pengakhiran kisahku.
Namun, aku pasrah kerana aku yakin pasti ada cerita yang menarik buatku di masa
hadapan kelak.
Aku cuba berfikiran positif, walaupun terkadang dijiwaku teramuk seribu satu pertanyaan
dan pengharapan. Aku cuba bersabar.

Saban waktu, aku cuba mengisi waktu dengan cara aku sendiri, kadang-kadang aku terfikir apakah betul jalan yang aku pilih? Adakah ini yang aku kehendaki?
Tatkala teman seusiaku menghabiskan waktu dengan insan-insan tersayang, dan aku hanyalah dengan
assignment, test dan buku-buku ilmiah yang tidak akan putus selagi aku tidak tamat pengajian sarjana aku.
Ya, mungkin sekiranya yang terjadi tidak terjadi seperti itu, mana mungkin aku menikmati apa yang aku miliki pada hari ini. Mana mungkin aku menyambung pelajaran lagi, mana mungkin aku memiliki kereta aku sendiri..
Ya mana mungkin aku dapat lakukannya. Kerana semua yang berlaku ada sebab dan hikmah. Mungkin tidak pada masa ini, namun
pada masa depan, siapa yang pasti?

Aku bersyukur apa adanya, aku bersyukur dengan kenikmatan yang diberi aku juga bersyukur dengan ujian yang diberi.
Mungkin Allah swt mahu aku bersabar, kerana aku insan yang sangat tidak cukup sabar dan terlalu suka merintih untuk
hal yang tidak seberapa.

Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap...