Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Mampukah Kita Untuk Berubah

Hampir separuh dari umur, aku cuba untuk membuat orang-orang faham kehendak aku, cara aku. Jika suara hatiku tidak difahami, tidak didengari, aku lebih senang mengeskpresikan dengan tindakan agresif. Aku fikir dengan cara itu aku boleh meluahkan apa yang terbuku dan mereka akan faham. Itu kesilapan terbesar aku. Setelah aku faham. Aku cuba untuk ubah. Sebab aku penat. Dan aku sedar, aku patut ubah untuk lebih faham diri aku sebelum aku mahu orang faham aku.  Bila aku sudah mulai kenal diri aku, aku selami tindakan aku dari kecil, seusia remaja dan sehingga aku sudah dewasa. Aku mahu orang faham aku. "Itu salah." Selepas itu, aku juga mula sedar yang aku mahu orang ikut cara aku. Sebab itu aku mahu orang faham aku. "Itu juga salah." Aku tidak boleh ubah orang untuk ikut cara aku. Sebab aku juga kadang tidak mampu ubah diri aku untuk jadi orang yang aku mahu. Detik itu aku mulai faham sesuatu. Hal-hal berat yang aku fikir dibenak kepala aku terasa hilang separuh. &quo