Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Muhasabah Diri

Hari terdetik nak tulis entri baru sebab baru lepas hantar email kat team partner, ada satu kejadian yang buat aku terfikir dan terdetik sesuatu yang aku rasa penting untuk peringatan diri aku ni. Pernah tak mengalami keadaan di mana semua orang salahkan kita, dan kita rasa kita tak bersalah. Ada kemungkinan kat sini, pertama kita memang tak bersalah tapi di salahkan a.k.a jadi kambing hitam untuk sesuatu kejadian yang orang lain tak sanggup nak bertanggungjawab dan kemungkinan kedua adalah sememang kamu bersalah! Kalau keadaan pertama tu, tak dapat eden nak nolong, yang boleh hanya cakap peace yo, sabar ajelah, dugaan hidup, langit tak selalunya cerah, mendung akan berarak pergi, mungkin kalini kita di bawah, lain hari tiada siapa yang tahu..cehh..ayat kasi baik punya..HAHAH.. Okay untuk kes kedua, kita kena muhasabah diri, sebab biasa la manusia selalu rasa diri tu betul. Kita ego nak ngaku kesalahan diri, kita blame orang lain yang tak faham kita dan cuba kenakan kita walhal da...

Penyelesaian Masalah

1)Kenalpasti permasalahan 2)Analisis masalah -Apa punca permasalahan -Kesan dari masalah -Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah 3)Kenalpasti penyelesaian -Apa penyelesaian yang diperlukan -Kesan sampingan yang diperoleh :- -Negatif atau positif -Jangka masa terdekat dan masa depan 4)Perbandingan di antara penyelesaian masalah 5) Setelah melakukan semua urutan 1 hingga 4, adakah sudah dapat menyelesaikan masalah? a) Jika dengan menyemak dan mengkaji permasalahan menggunakan kaedah di atas dapat mengurangkan kekangan perasaan seperti stress dan rasa ketidakpuasaan hati. -Bermakna ia bukanlah masalah terbesar buat diri, sila istiqamah. b) Jika perasaan berasa yakin dan lega dengan penyelesaian yang ditemui -Ya, mungkin ia keputusan yang terbaik. Sila timbang tara kebaikan dan keburukkan, yang mana lebih menonjol dan memberi impak dalam arah tuju hidup.

Sandaran Hati

Perjalanan yang diharungi hari demi hari terasa seperti suram. Tiada kisah cerita yang terpahat. Yang ada hanya epilog epilog perjalanan aku menghabiskan sisa waktu. Melihat teman-teman yang semakin ramai yang beranjak ke fasa yang baru,terdetik jauh nun dihati, bagaimanakah pengakhiran kisahku. Namun, aku pasrah kerana aku yakin pasti ada cerita yang menarik buatku di masa hadapan kelak. Aku cuba berfikiran positif, walaupun terkadang dijiwaku teramuk seribu satu pertanyaan dan pengharapan. Aku cuba bersabar. Saban waktu, aku cuba mengisi waktu dengan cara aku sendiri, kadang-kadang aku terfikir apakah betul jalan yang aku pilih? Adakah ini yang aku kehendaki? Tatkala teman seusiaku menghabiskan waktu dengan insan-insan tersayang, dan aku hanyalah dengan assignment, test dan buku-buku ilmiah yang tidak akan putus selagi aku tidak tamat pengajian sarjana aku. Ya, mungkin sekiranya yang terjadi tidak terjadi seperti itu, mana mungkin aku menikmati apa yang aku miliki pada ...

Sekian lama

Selongkar setiap rasa, hati kian meronta, digapai kenangan, namun tiada pengakhiran. Mimpi semalam menerjah hati, Adakah petanda, atau hanya mainan mimpi. Mungkin aku harus perkuatkan diri, Untuk menempuh rintangan yang menanti. Bila masa akan berlalu, Membawa semua kenangan itu, Agar aku terus bangun, membuka lembaran baru. Ditanya rasa, ditepuknya dada. Terasa kecewa, mencengkam jiwa. Ku paksa bibir tersenyum ceria, Semoga semuanya baik-baik saja. Tidak ku pinta, Kenangan itu menjengah, Tidak ku pinta, Ia datang berulang, Cukuplah saja, jangan ditanya mengapa, Kerana aku juga ingin bahagia. p/s: lama tak berjiwang, mungkin aku sudah beransur sembuh..hakks! :P

Amarah

Perasaan marah atau amarah adalah sesuatu yang tidak elok dan bagus untuk diri dan kalau nak diikutkan agama kita pon menyuruh kita bersabar. Marah itu kawan syaitan. Yess!! Aku tahu fakta tersebut. Tapi..tapi..kadang-kadang perasaan amarah tu tak dapat dibendung. Aku bukan hot temper, tapi aku sering cepat nak marah. pasai apa? Pasal aku rasa benda tu tak patut terjadi. Sebab apa, sebabaku dah explain dan cakap berulang kali, tapi masih ada yang buat tak serupa macam aku nak. Aku bukan seorang yang nak semua nak perfect jer. Tapi at least, please la jangan buat something yang undang amarah aku, aku cuba nak bersabar dooh.. Sejak dari semalam lagi aku rasa nak marah, nak marah sebab aku kecewa sebab orang tak faham aku, dan tak buat macam aku nak walaupun aku dah cakap berulang kali. Lepas tu, arini terjadi la. Aku adela order satu barang ni online la. Aku ni bukan sejenis manusia yang suke beli online. Selama aku hidup ni leh kira dengan jari berapa kali aku beli online, tak s...

Kesopanan?

Sudah lama aku berkira kira nak taip entri yang baru. Tapi akhirnya, tetiba aku terasa nak menaip. Dah alang alang duk depan laptop. (Alasan sangat..padahal memang malas nak buka laptop kalau kat rumah). Oh, TidakKKKK!!! Arini aku lunch sempat lagi membelasah KFC. glurp!! Semalam makan chicken chop hasil kawan aku merangkap housemate aku(Namakan dia Ms. B) belanja sebab lulus test lesen memandu. Suka sangat la teww..hahaa Okay. Berbalik pada entri ni. Aku dengan keadaan perut kenyang dan rasa bersalah pada diri kerana berjaya menambah lemak yang sedia ada. Tetiba terdetik kat hati aku pasal kejadian semalam. Okay, semalam aku dengan Ms. B ni, nak pergi makan kat satu kedai tu, kedai XXX la dekat depan rumah aku tu. Kami pon duduk la, belek punya belek menu tu, aku tak tau nak makan apa. Sama la juga dengan Ms. B. Aku pon tercakap la, terasa nak try la chicken chop dekat pasaraya terkemuka tu. (terkemuka la sangat, teringat kejadian side mirror kete aku kena calar...sama calar de...

Di sana, di sini; Begitu,begini.

Kadang-kadang kenapalah sesetengah orang suka membuatkan sesuatu yang mudah tu jadi payah? Sungguh aku tak faham. Contohnya begini, Orang pelik > Eh mane dekat n tak jem kedai berger dinosour dengan kedai nasi gulai sliper jepun Orang bingung > Eh kau nak gi ngan sape ni? Cpt ckp baru aku bgthu...lalalalalalalaaaaa Orang pelik > bukan aku tanya la ngok, kawan aku. Orang bingung > Memang la kawan ko tanya, tapi ko mesti gi jugak kan? Macam la aku xtau. aku takdela bongok sangat. Orang pelik > Eh, sejak ko nak masuk sekolah ni, makin bijak la. hahaha Orang bingung > Ala, ko tu suke ckp belit belit. Susah tul nak cakap straight to the point. Nak kuar dgn "kwn" ko tu cakap je la. Orang pelik > Eh mane ade aku cakap belit, ko ni mandai je.bla bla bla (ayat orang yang nak ngelat. sbb dah kantoi) Orang bingung > wat ever Orang pelik > hahaa...nada tak puas ati nampak Orang bingung > .....not reply anymore (dalam hati ade lava mengalir) ...

Aku Pikirin

Fuh! Dah lama aku tak mengupdate blog, walaupun setiap hari, ada sesuatu yang aku ingin kongsikan di sini. Tapi oleh sebab idea itu mencurah di waktu yang tidak sesuai, aku tak punya kesempatan untuk mengetipnya di sini. Yela, waktu bersiap nak g opis la, waktu drive la, baru ada rasa nak berblog, mana mungkin sebab itulah asyik tertunda saja sampaikan aku tak ingat apa yang hendak di bahaskan di sini. Oh! Sebelum terlupa, seperti yang pernah aku katakan di coretan yang sebelum ni, aku kata nak tunggu sesuatu kan? Hooyeaah! Aku dah dapat info, insyaallah, sabtu ni, 24 Ogos 2013 aku akan mendaftar di uitm shah alam sebagai student, again! yup, for master study in it. huuu...kali ni moga grad dengan cemerlang dan dapat KONVO  yea.....tengok, besau aku taip, betapa nak tekankan konvo tu, hahaaa, sapa yang rapat dengan aku mesti tahu kenapa, huuuu ;p p/s: waiting for second news, hope it was a good news too.. tak sabarnya...agagaaaa...wait next update yes, will try to update som...

Hari ini Melalut

Kasih sayang, terlalu indah untuk dikenang.. Huhuuu. Jiwang sey lagu ni. Lupa dah tajuk apa. Tapi a few years before, kawan aku bagi lagu ni kat aku. Mesti dia tengah hangat bercinta dengan seseorang dan nak sharing dengan aku kununnya. hahaaa..Bestnya bila teringat kenangan masa muda belia..the most enjoyable time.. huuu. Oh, bila mengenangkan kehidupan sekarang, sangat jauh berbeza. Adakah sebab peningkatan umur selaras dengan kematangan ataupun memang hidup aku sekarang tidak seindah zaman remaja. Mungkin kerana zaman-zaman kegemilangan sudah berakhir. Ada orang kata, untuk perempuan, biasanya zaman yang paling gemilang adalah pada umur 19 tahun hinggalah 23 tahun. Betulkah telahan aku ni? Atau hanya teori yang aku cipta sendiri berasaskan pengalaman sendiri..Woohaa.. Betullah kot, atau mungkin tengok pada individu la kot. Umur dah makin meningkat, of course la jiwa pon cepat sensitif, walaupun sejak dari dulu agak sensitif. Tapi sekarang makin kerap pulak dihimpit rasa sun...

Hitam Putih

Ola, Hari ini terdetik untuk update blog. Sebab apa? Sebab aku dah terkena penyakit 'sawan' bosan. Kenapa benda ni terjadi? Sebab tiba-tiba rasa hidup tak awesome, rasa boring, rasa sunyi. Itulah hakikat sebenaranya. Dari pagi lagi bangun-bangun tido dengan keadaan tidak selesa. Muka berpeluh-peluh, melekit, seperti baru balik dari marathin tasik kelana jaya, 30 round. Okay, terlampau metafora. Huh! Sebenarnya panas sangat. Balik ni aku nak bawak masuk kipas satu lagi, tak kira la roomate aku cakap semak ke ape. Aku panasss..hmm. Betul la, benda ni dah lama aku perasan. Kalau bangun pagi slec je rasa, seluruh hari tu. Aku akan rasa macam ada yang tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. What happen to me? Grrrr.. Itu sikit je bab perasaan dalaman yang bercelaru nih, belum kira bab otak simpang siur nih. Tambah-tambah dengan kesihatan yang tak berapa memberangsangkan. Dari semalam lagi pinggang aku sakit sakit macam nak pa...

Hope. Past. Present

Halu halu. i`m in the house. Dah lama tak menjengah blog kesayangan ni. Terlalu banyak yang telah aku harungi, pelbagai suka duka. Berkilo kilo air mata, air liur keluar sepanjang penyepian aku ni. Terdetik untuk update blog arini. Beberapa hari ni, jiwa aku rasa tak tenteram, macam ada sesuatu yang tak terluah. what should i do? Aku harap, last year punya wish boleh dilaksanakan pada tahun ni. Sila doakan saya yea.! bling bling wat muka tak berapa nak comel... huhuu Ok! aku takde cakap lagi pasal azam aku tahun ni kan? Sama macam tahun lepas, cuma  azam terbesar aku tahun ni.. aku nak beli kereta dan sambung master. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. amin amin..

Lirik Lagu D’Masiv – Cinta Ini Membunuhku

Kau membuat ku berantakan Kau membuat ku tak karuan Kau membuat ku tak berdaya Kau menolakku acuhkan diriku Bagaimana caranya untuk Meruntuhkan kerasnya hatimu Ku sadari ku tak sempurna Ku tak seperti yang kau inginkan [Reff] Kau hancurkan aku dengan sikapmu Tak sadarkah kau telah menyakitiku Lelah hati ini meyakinkanmu Cinta ini membunuhku Bagaimana caranya untuk Meruntuhkan kerasnya hatimu Ku sadari ku tak sempurna Ku tak seperti yang kau inginkan Back to Reff Lelah hati ini meyakinkanmu Cinta ini membunuhku ***Just for fun...tengah review post yang lama, then tiba-tiba teringat lagu ni. Tiada apa yang untuk dilembutkan cik siti wei. terima kenyataan.

Kenangan

Hello, selamat petang. Ok, baru balik dari lunch. Ada beberapa berita yang tidak menyeronokkan. Dengar cerita, esok my BIG boss akan announce pasal kita orang punya opis hour. Oh tidak! Kena balik pukul 6. Aku dah terbiasa balik pukul 5.30 kot. Nak tunggu pukul 5.30 pon ya ampun...derita wei.. derita. hahaahaa.. Hopefully, dia tak jadi nak panjang tempoh kerja. If betul la kabar angin tu, aku memang jutaan terima kasih pada makcik yang duk depan aku ni. Memang saja je dia ni. Nak tunggu rajin ke apa. aiyokk.. Banyak lak aku punya mukadimah kan, padahal aku nya tajuk arini, 'Kenangan'... Rasa macam banyak dah aku pos pasal kenangan ni. Betapa aku ni suka hidup dalam kenangan, tak bagus wei, tak bagus..tettttt!! Sapa cakap kenangan tu tak penting kot, tapi kalu terus menerus hidup dengan kenangan yang ada. Aku rasa hidup tak kemana mana pun. Akan tetap ditakup yang lama. Life must go on. Selalu je aku duk ulang-ulang cakap pasal life must go on, tapi until now, nothing ...

Kebahagiaan

Sudah lama saya tak bersiaran beberapa hari ini jiwa rasa tak keruan. Mengingati orang lama, kisah lama. Mula jiwa meroyan dan tidak keruan. Malam minggu begini seperti biasa menghabiskn waktu dengan muka buku dan juga bermain game. Oh ya, sekarang tengah gila dengan game tu, pantang ada masa mesti nk main. Tapi bukan tu yang saya nak cerita, hurmm tadi masa tengah syok tengok new feeds kat muka buku, tiba tiba ternampak seorang kawan ni like status si dia, oh...berdegup jantung kejap bila tertera nama si dia di skrin tab. Oh dugaan apakah ini. Apalagi mula la tangan duk gatal nak tengok yang selanjutnya, bahagianya dia, comey lak wifey ni..hukhuk.. Feel sad, feel frustrated. Sungguh aku rindu dia, dan akal bodoh ku berharap masa bisa diputar kembali, ingin aku betulkan beberapa perkara. Betapa aku insan yang tak reti bersyukur apa adanya. Cepat cepat aku betulkan haluan dan berfikiran positif. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan, Ya, aku doakan dia bahagia dengan insan yang...

Sebak jiwa

Rasa sebak dalam dada, Kian menyiksa... Langkah diatur terasa kaku.. Jiwa meronta-ronta mahu pengakhiran.... Tersadai aku dalam kelewatan, Mengatur epilog suka dan duka.. Perasaan ini ingin ku tabur pergi.. Bersama hela nafas yang kian semput... Ingin ku jerit ke seluruh isi, Hatiku pedih, tak ingin semua terjadi, Suaraku kian sumbang, Tersekat dicelahan halkum.. Bagaimana kisahnya nanti, Inginku percepatkn waktu, Supaya terasa pantas semua ini berlalu... Tak ingin aku terus begini..