Skip to main content

Kebahagiaan

Sudah lama saya tak bersiaran beberapa hari ini jiwa rasa tak keruan. Mengingati orang lama, kisah lama. Mula jiwa meroyan dan tidak keruan.
Malam minggu begini seperti biasa menghabiskn waktu dengan muka buku dan juga bermain game. Oh ya, sekarang tengah gila dengan game tu, pantang ada masa mesti nk main.
Tapi bukan tu yang saya nak cerita, hurmm tadi masa tengah syok tengok new feeds kat muka buku, tiba tiba ternampak seorang kawan ni like status si dia, oh...berdegup jantung kejap bila tertera nama si dia di skrin tab. Oh dugaan apakah ini. Apalagi mula la tangan duk gatal nak tengok yang selanjutnya, bahagianya dia, comey lak wifey ni..hukhuk..
Feel sad, feel frustrated.
Sungguh aku rindu dia, dan akal bodoh ku berharap masa bisa diputar kembali, ingin aku betulkan beberapa perkara. Betapa aku insan yang tak reti bersyukur apa adanya.
Cepat cepat aku betulkan haluan dan berfikiran positif.

Alhamdulillah doa aku dimakbulkan, Ya, aku doakan dia bahagia dengan insan yang dia pilih. Aku mahu dia gembira..Walaupun luka dihatiku masih belum pulih..

Aku jeles, aku sedih, aku pedih, aku harapkan yang baik baik untuk dia, tapi aku tak ikhlas..
Ya Allah swt, kuatkan semangatku, ku percaya aku pon akan bahagia dan telah bahagia dengan apa adanya aku sekarang...



Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap...