Skip to main content

Menyesalkah Aku..

p/s : Aku di antara persimpangan masa lalu dan masa depan :)

Menyesalkah aku? Kerap kali ungkap ini tenggelam timbul dalam fikiran aku. Kadang2 melihat rakan2 yang terus maju kehadapan, aku sedikit terkilan dengan arah tuju hidup aku. Yea, siapa tak terdetik bila melihat rakan2 pantas mendaki puncak kehidupan sedangkan aku masih di takuk lama. Tapi apabila difikirkan balik, tiada apa yang perlu aku sesalkan kerana inilah jalan, inilah kehidupan yang aku pilih. Aku harus bertanggungjawab dengan pemilihan aku, kehendak aku, tiada penyesalan ok! Tapi perasaan terkilan itu membuatkan aku terasa yang aku harus mara ke hadapan dengan membuatkan masa lalu sebagai pedoman dan kenangan yang tak mungkin aku lupakan, kerana masa lalulah yang membawa kepada siapa aku pada masa sekarang.
p/s : banyak sgt jalan nak pilih, last2 pening :)


Sesetengah masa lalu mungkin boleh diperbaiki namun kadangkala ada sesetengahnya tidak akan mungkin untuk aku padamkan,untuk aku perbaiki, kerana semua yang terjadi telah terjadi, dan tiada fungsi pengunduran di sini walaupun fikiran separa matang aku menginginkan supaya semua yang lalu boleh diputar kembali, boleh diperbaiki kembali. Oh! tidak, betapa keanak-anakkan pemikiran aku. Aku mesti berpijak di bumi yang nyata. Semua orang sibuk mengejar cita-cita, mahukah aku di sini hanya mencurah perasaan tanpa ada sebarang gerakkan untuk membina diri.

p/s : kalau mcm ni, senang la nak pilih jalan ye tak?  :)


Beberapa masa kebelakangan ini, aku banyak menghabiskan masa dengan perkara remeh temeh yang hanya kerap mengundang permasalahan dan linangan mutiara2 jernih. Seolah-olah mutiara2 jernih itu sudah tiada nilai, kerap kali ia mengalir tanpa dipinta, tanpa henti. Sedar2 keesokkan harinya aku terjaga dari mimpi gelapku. Namun disudut hati masih menunggu sesuatu yang tak pasti. Ah! ternyata aku masih tidak tahu memilih priority aku. Time to change dear!!

 






































































































































































p/s: ok bye2 masa lalu, sayonara!! :)) 





P/S: semua gambar2 di atas aku amik kat incik google jew...huuu 

Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap...