Skip to main content

Like a crazy girl and i was hunting him??

oH! What was going on?! Aku beberapa bulan ni jadi seperti gadis yang gila mengejar sesuatu yang telah pergi. Kenapa? mengapa aku jadi macam tu...bila fikir2 balik, malunya aku. Malu pada dia. Kenapa aku tak bagi ruang untuk dia, untuk aku? Betapa ceteknya pemikiran aku, aku takut kehilangan dia, aku takut dia makin jauh dari aku, sedangkan pe yang aku buat membuat dia makin pergi, makin menghindar, Kenapa kalau dulu boleh aku fikir " jika dia untuk aku, insyaallah dia akan kembali, dia akan kembali mencari aku, jika dia betul2 cinta" Oh! kenapa sekarang aku dah tak boleh fikir macam tu, kenapa aku seperti terdesak. Yesss!! coz i love him, kerna jiwa ku kosong tanpa dia. Betapa bodohnya aku. Sepatutnya jiwa aku yang kosong diisi dengan mendekatkan diri dengan tuhan. Bukan dengan cinta yang tak tau penghujungnya. Insyaallah, if jika hatiku dekat dengan Allah. hatiku akan gembira, tenang, sudah lupakah aku.. ketenangan itu..


Yaa...sekarang aku hanya harus membawa diri aku sebaiknya seperti dulu, bina kehidupan aku sebaiknya, kejar cita-cita aku kemudian cinta itu akan hadir. Walaupun aku tak tahu bila hati ini boleh melupakan dia, mencari penggantinya. kerna aku pernah mengangankan sebuah kehidupan bersama-sama dia, hanya aku dan dia. tapi semua ni telah berakhir. Aku hanya mampu berdoa. "Ya Allah swt, andai dia terbaik untuk aku, andai dia jodohku, kembalikan dia, berilah hidayahmu, petunjukmu ke pada dia  agar dia menjadi terbaik untuk diriku. Tapi seandainya di takdirkan dia bukan untuk aku, kau pulangkan la perasaan ini, padamkan segala rasa ini, jauhkan aku dari kesedihan, dan relakanlah aku melepaskan dirinya pergi, semoga dia berbahagia dengan pilihannya."

Comments

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap...