Skip to main content

Kesetiaan?

Tadi aku pergi hantar adik lelaki aku naik bas nak pergi balik perlis, dan sudah semestinya umi dengan adik aku yang bongsu ikut sekali. Nak dijadikan cerita, adik aku suruh makwe dia belikan tiket. Makwe dia lak mak ayah adik2 dia beserta dengan nenek dia hantar dia kat stesen bas Kok Lanas tuh. Ok, lepas tu tiba2 lak abah aku sampai gak lepas balik dari masjid. CHop2!! bukan semua tu yang aku nak kongsikan kali ni, lagipun semua tu takde kaitan langsung dengan tajuk aku ni  :p hehee

Alkisahnya begini, maklumlah dah jumpe bisan2, mula la topik umi aku ni. "Bagaimana ek ngn mak si S tu? $W%$#$%#  tak dia? " Umi aku membuka topik dia, cheh, dalam hati aku, nape lak tibe2 lak umi aku ni. Aku pun bagi la respon, " Nape? orang rasa tak la, dia segan kot, takkan dia nak wat ramah, nanti nampak sangatlah dia tu nak berbesan dengan kita, Cu kalau umi, mesti takkan nak nampak sangat suke kat pakwe orang kan? Pastu tibe2 nak wat ramah mesra dengan mak bapak pakwe orang, lagipun muka kita ni macam sombong, kalau orang tak kenal, deme tak berani nak tegur" omel aku..hikhikhik Umi pun cakap takpe la, kalau mak dia xberkenan dengan anak kita pun takpe, bukannya budak2 tu nak kawin pun. Cheh dalam hati aku, rupanya umi aku ni penting jugak nak cari bisan yang sebulu dengan dia, payah2. Adoii..

Ok2 tu bukan masalah lagi, yang lebih menyayat hati, aku terlepas cakap kat umi aku. "Umi, keluarga kita ni, kalau dah sayang orang tu, kite sayang betul2, takde maen2 dah. Takde istilah main kayu 3,4 5 ni. Orang rasa, Axxx sayang si S tuh..." Umi pun macam tunjuk reaksi terkejut dengan omelan aku tuh, Lantas ditatap muka aku, then dia cakap, so kamu pun samalah yea, setia pada yang satu? Glurp! Glurp! Dalam hati tuhan je tahu, memang aku ni perangkap diri sendiri betul, adoi nak cakap pew ek, last2 aku wat2 muka macam budak rebina, macam kunun2 tak tahu apa2...Pss...umi still tengok aku, Ok2...cover lagi, cepat2 tukar topik cerita kat tv tuh....lalalaaa...

Waaa....dalam hati nak nangis jew...umi tak tahu, yang aku dah lama break dengan si dia.. Umi takde klu langsung yang aku dah putus. Tiap kali umi bukak topik pasal si dia mesti aku akan sengeh2 macam cantik sangat gigi aku. Kalau umi aku tanya pasal si dia, mesti aku jawab kunun2 macam aku selalu contact dengan dia..PENIPUAN .Aku tak tahu nak bagi tahu camne, kalau boleh aku taknak umi aku tahu. Aku pun pelik nape aku nak sorokkan. Aku masih mengharap dia kembali kew  :((

Comments

Popular posts from this blog

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap