Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Hari ini Melalut

Kasih sayang, terlalu indah untuk dikenang.. Huhuuu. Jiwang sey lagu ni. Lupa dah tajuk apa. Tapi a few years before, kawan aku bagi lagu ni kat aku. Mesti dia tengah hangat bercinta dengan seseorang dan nak sharing dengan aku kununnya. hahaaa..Bestnya bila teringat kenangan masa muda belia..the most enjoyable time.. huuu. Oh, bila mengenangkan kehidupan sekarang, sangat jauh berbeza. Adakah sebab peningkatan umur selaras dengan kematangan ataupun memang hidup aku sekarang tidak seindah zaman remaja. Mungkin kerana zaman-zaman kegemilangan sudah berakhir. Ada orang kata, untuk perempuan, biasanya zaman yang paling gemilang adalah pada umur 19 tahun hinggalah 23 tahun. Betulkah telahan aku ni? Atau hanya teori yang aku cipta sendiri berasaskan pengalaman sendiri..Woohaa.. Betullah kot, atau mungkin tengok pada individu la kot. Umur dah makin meningkat, of course la jiwa pon cepat sensitif, walaupun sejak dari dulu agak sensitif. Tapi sekarang makin kerap pulak dihimpit rasa sun...

Hitam Putih

Ola, Hari ini terdetik untuk update blog. Sebab apa? Sebab aku dah terkena penyakit 'sawan' bosan. Kenapa benda ni terjadi? Sebab tiba-tiba rasa hidup tak awesome, rasa boring, rasa sunyi. Itulah hakikat sebenaranya. Dari pagi lagi bangun-bangun tido dengan keadaan tidak selesa. Muka berpeluh-peluh, melekit, seperti baru balik dari marathin tasik kelana jaya, 30 round. Okay, terlampau metafora. Huh! Sebenarnya panas sangat. Balik ni aku nak bawak masuk kipas satu lagi, tak kira la roomate aku cakap semak ke ape. Aku panasss..hmm. Betul la, benda ni dah lama aku perasan. Kalau bangun pagi slec je rasa, seluruh hari tu. Aku akan rasa macam ada yang tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. What happen to me? Grrrr.. Itu sikit je bab perasaan dalaman yang bercelaru nih, belum kira bab otak simpang siur nih. Tambah-tambah dengan kesihatan yang tak berapa memberangsangkan. Dari semalam lagi pinggang aku sakit sakit macam nak pa...

Hope. Past. Present

Halu halu. i`m in the house. Dah lama tak menjengah blog kesayangan ni. Terlalu banyak yang telah aku harungi, pelbagai suka duka. Berkilo kilo air mata, air liur keluar sepanjang penyepian aku ni. Terdetik untuk update blog arini. Beberapa hari ni, jiwa aku rasa tak tenteram, macam ada sesuatu yang tak terluah. what should i do? Aku harap, last year punya wish boleh dilaksanakan pada tahun ni. Sila doakan saya yea.! bling bling wat muka tak berapa nak comel... huhuu Ok! aku takde cakap lagi pasal azam aku tahun ni kan? Sama macam tahun lepas, cuma  azam terbesar aku tahun ni.. aku nak beli kereta dan sambung master. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. amin amin..

Lirik Lagu D’Masiv – Cinta Ini Membunuhku

Kau membuat ku berantakan Kau membuat ku tak karuan Kau membuat ku tak berdaya Kau menolakku acuhkan diriku Bagaimana caranya untuk Meruntuhkan kerasnya hatimu Ku sadari ku tak sempurna Ku tak seperti yang kau inginkan [Reff] Kau hancurkan aku dengan sikapmu Tak sadarkah kau telah menyakitiku Lelah hati ini meyakinkanmu Cinta ini membunuhku Bagaimana caranya untuk Meruntuhkan kerasnya hatimu Ku sadari ku tak sempurna Ku tak seperti yang kau inginkan Back to Reff Lelah hati ini meyakinkanmu Cinta ini membunuhku ***Just for fun...tengah review post yang lama, then tiba-tiba teringat lagu ni. Tiada apa yang untuk dilembutkan cik siti wei. terima kenyataan.

Kenangan

Hello, selamat petang. Ok, baru balik dari lunch. Ada beberapa berita yang tidak menyeronokkan. Dengar cerita, esok my BIG boss akan announce pasal kita orang punya opis hour. Oh tidak! Kena balik pukul 6. Aku dah terbiasa balik pukul 5.30 kot. Nak tunggu pukul 5.30 pon ya ampun...derita wei.. derita. hahaahaa.. Hopefully, dia tak jadi nak panjang tempoh kerja. If betul la kabar angin tu, aku memang jutaan terima kasih pada makcik yang duk depan aku ni. Memang saja je dia ni. Nak tunggu rajin ke apa. aiyokk.. Banyak lak aku punya mukadimah kan, padahal aku nya tajuk arini, 'Kenangan'... Rasa macam banyak dah aku pos pasal kenangan ni. Betapa aku ni suka hidup dalam kenangan, tak bagus wei, tak bagus..tettttt!! Sapa cakap kenangan tu tak penting kot, tapi kalu terus menerus hidup dengan kenangan yang ada. Aku rasa hidup tak kemana mana pun. Akan tetap ditakup yang lama. Life must go on. Selalu je aku duk ulang-ulang cakap pasal life must go on, tapi until now, nothing ...

Kebahagiaan

Sudah lama saya tak bersiaran beberapa hari ini jiwa rasa tak keruan. Mengingati orang lama, kisah lama. Mula jiwa meroyan dan tidak keruan. Malam minggu begini seperti biasa menghabiskn waktu dengan muka buku dan juga bermain game. Oh ya, sekarang tengah gila dengan game tu, pantang ada masa mesti nk main. Tapi bukan tu yang saya nak cerita, hurmm tadi masa tengah syok tengok new feeds kat muka buku, tiba tiba ternampak seorang kawan ni like status si dia, oh...berdegup jantung kejap bila tertera nama si dia di skrin tab. Oh dugaan apakah ini. Apalagi mula la tangan duk gatal nak tengok yang selanjutnya, bahagianya dia, comey lak wifey ni..hukhuk.. Feel sad, feel frustrated. Sungguh aku rindu dia, dan akal bodoh ku berharap masa bisa diputar kembali, ingin aku betulkan beberapa perkara. Betapa aku insan yang tak reti bersyukur apa adanya. Cepat cepat aku betulkan haluan dan berfikiran positif. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan, Ya, aku doakan dia bahagia dengan insan yang...