Skip to main content

Kelamnya hatiku


Termenung aku dijendela waktu
Menghitung hari yang telah berlalu
Setiap baris kata-kata
Setiap slot episod kisah ku imbas kembali...

Tiada lagi omogan kosong
Tiada lagi khayalan masa lapangku
Yang tinggal hanya memori kisah semalam
Renungan epilog cerita yang akan bermula....

Tiada penyesalan kisah semalam
Tiada pengunduran masa yang lalu
Yang tinggal hanya titian semalam menuju masa depan
Menyusuri masa-masa hadapan....

Kini aku hanya berharap
Semuanya tidak sekelam mimpi semalam
Tidak sesuram masa semalam
Semoga aku bisa mendaki jejantas yang tidak berpenghujung
Menuju ke jalan yang diredhai-NYA....

Comments

  1. janganla kelam..cerah kan hatimu...banyak lagi dlm hidup yang kita tak temui...

    ReplyDelete
  2. betul2...ceria selalu dan senyum selalu moga bertambah rezeki dan luas pengetahuan dalam mencariNya....

    wassalam...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih jawan2 di atas nasihat kamo..
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Titik Apa Kamu Sekarang

Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini. 

disisiku

Kini sepi menyendiri, sunyi menemani. Hari hari ku.  Terkenang, peristiwa semalam.  Tika kau dan aku bersama sama. Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku. Waktu berlalu, tiada ku getir.  Kau ada selalu. Disisiku. Selalu ada.  Kini itu semua satu memori. Tiada lagi kau di sisi.  Ku sendiri. 

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku.