Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Segala rasa

Perasaan ini, membunuh diriku, segala rasa ini menghukum jiwaku kerana cinta ini ku mengejar bayang bayangmu ku merinduimu.. sungguh merinduimu bagaimana harusku tempuh perjalanan hidupku tanpa ada kamu tanpa cintamu ku tak terdaya

Rindu ni

Ditatap pemergiannya... Ditangisi kehilangannya... Jiwa yang kosong, hampa... Membuatkan diriku terasa lemah tak bermaya... Ku cuba kuatkan semangat... Bangkit dari kekecewaan.. Ku lakarkan sebuah senyuman.. Walaupun nun di sana.. Aku merintih kerinduan...

Perasaan Ini

Dalam kegelapan malam...... aku menyusuri jalan-jalan yang terbentang di hadapanku.... kaki ku melangkah setapak demi setapak..... namun dalam setiap langkahku..... tersimpul satu kekeliruan.... keresahan.... inginku berhenti sekejap di pertengahan.... namun perhentian yang aku harapkan tidak juga kuketemu..... Hari ini dan semalam inginku biarkan pergi..... namun rasa resah semalam seperti mahu mengekori hari esok.... peristiwa semalam mengajar aku sebuah makna...... namun pengajaran itu..... kadangkala amat perit untuk aku tampung kesorangan..... terasa berat beban di dada.... hingga tidak lagi bisa menahan segala gelodak rasa.... rasa itu..... inginku ku biarkan melata......

Kelamnya hatiku

Termenung aku dijendela waktu Menghitung hari yang telah berlalu Setiap baris kata-kata Setiap slot episod kisah ku imbas kembali... Tiada lagi omogan kosong Tiada lagi khayalan masa lapangku Yang tinggal hanya memori kisah semalam Renungan epilog cerita yang akan bermula.... Tiada penyesalan kisah semalam Tiada pengunduran masa yang lalu Yang tinggal hanya titian semalam menuju masa depan Menyusuri masa-masa hadapan.... Kini aku hanya berharap Semuanya tidak sekelam mimpi semalam Tidak sesuram masa semalam Semoga aku bisa mendaki jejantas yang tidak berpenghujung Menuju ke jalan yang diredhai-NYA....

Giving And Taking

mengapa time kita ingat kat orang tu... tak semestinya dia ingat kat kite.... kenapa time kite amik berat pasal org tu.... tak semestinya dia juga akan amik berat akan diri kita.... dan kenapa selalunya.... bila kebaikan yang kita beri.... tak kan org hargai??? bukan niat diri ini.... untuk mendapatkan pembalasan dari apa yang di beri.... kerana apa yang aku beri.... adalah apa yang ikhlas dari hati aku.... aku bukanlah seorang manusia yang akan buat sesuatu benda ... yang aku tak ikhlas nak buat atau bagi kat orang lain.... dari tak ikhlas dan di belakang hari mengungkit... baik tak payah.... tapi kekadang diri ini.... terkeciwa..... tersinggung dengan apa yang berlaku...... hati yang tak kecik dan kecut pun boleh kecik dan kecut kalau macam tu.... betul tak??? mungkin kata-kata "if one has not  given everything, one has given nothing" ni aku patut pegang kemas dalam lipatan memori aku.... agar aku memberi pada yang sudi.... pada yang menghargai......

Hati Yang Lucu

dikata hatinya terluka.... dikatanya hatinya sengsara..... ditatapi kelukaannya.... ditangisi kesengsaraannya..... jiwanya merintih...... tanpa difikir...... tanpa ditelaah....... dirinya terus hanyut bagaikan kapal yang hampir karam..... betapa lucunya.... bila kita terjatuh... kita jatuh untuk berkali-kali. betapa amat lucunya..... apabila kita tahu kenapa kita terjatuh...... kita sekali lagi mengulanginya. betapa lucunya...... kita merintih kelukaan diri.... kita meratapi kesengsaraan diri..... namun kita terlupa untuk mencari punca kita terluka.... punca kita sengsara..... dan amat lucu sekali... sekiranya kita hanya tahu menunding jari.....

Cubalah

Di sepanjang ranjau yang aku mendatangi.. Kepasrahan, keresahan sering berganti... Puing-puing cerita semalam.. menenggelamkan jiwaku... Aku cuba tersenyum di atas semua kepahitan.. walaupun senyumku hanya dihujung bibir.. Perasaan itu aku biarkan timbul tenggelam di benak.. Mungkinkah ada penghujung kepada semua cerita.. tatkala hanya hatiku yang mula berbicara... Setiap hati, setiap masa.. Aku bisikkan ke dalam jiwa... Perasaan yang harus aku ada... Ingatan yang harus aku simpan.. Ingatan yang harus aku pendam.. Walaupun dipertengah aku tak mampu bertahan.. Aku cuba mengumpul tenaga yang ada.. Ku atur langkahku segagah yang boleh.. Biarpun langkahku terlihat pasung.. Ia tetap aku... Yang cuba untuk berdiri.. Dengan kedua belah kaki... Yang aku miliki..

Terima Kasih

terima kasih di atas kesakitan ini.. kerana dari kesakitan ini.. aku tahu nilainya sebuah perasaan.. terima kasih di atas kekecewaan ini kerana dari kekecewaan ini.. aku tahu ertinya sebuah harapan. terima kasih di atas keperitan ini.. kerana dari keperitan ini.. aku tahu erti ketabahan.. terima kasih di atas kenangan itu.. kerana dari kenangan itu.. aku belajar erti kehidupan. terima kasih di atas kasih sayang itu kerana dari kasih sayang itu aku jalani semua pengertian..

Ku titipkan sebuah puisi buat dirimu

kau hadir disetiap langkahku.... bayanganmu menjelma disetiap ruang fikiranku... hatiku merasa kekosongan... kerna aku tahu.. aku hanya mengintai bayang-bayang.. yang takkan bisa aku gapai dalam genggaman... hadirmu hanya sekejap cuma... namun kisahmu ku bawa bersama. Secarik keresahan, selembar keperitan.... Yang ku cantum sebagai satu kenangan... Yang membuat jiwaku bergelora... Memanahkan bilah-bilah kekecewaan... Hatiku hanyut tanpa arah tujuan... walaupun di kotak fikiran.. ku tahu kau hanya bayang-bayang.. biarpun tanpa sedar.. Ku harap bayang-bayang itu menjelang. Ku tekadkan di dalam hati... kau bukan untukku lagi... akan ku redha pemergian dirimu... kerana ku tahu kau akan bahagia tanpa diriku.

For The 1st Time

          Dah lama betul aku tak update blog aku ni. Yelah sejak awal tahun ni kot. Berbulan gak aku mendiamkan diri.Kemalasan yang amat betul aku ni kan..hehe.Kalau tak malas tu bukan aku lah yea.. :P ok by the way. 2 Mei 2012 tarikh keramat di dalam kamus hidup aku. Apa yang keramat sangat tu ek..       hehe..Yelah pada hari tulah bermulanya perubahan dalam hidup aku. Aku dah tak jadi penganggur terhormat dah.Tu kerja PERTAMA aku okay! Mana tak keramatnya..hehee..i shoud remember this date forever ma.. hehee..Kat mana ek aku kerja? NO no no tak leh state...position apa..biarlah rahsia dahulu wat masa ni..huhuu.                Ok berbalik pada 1st day aku tu, takde pe sangat la. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun, pukul 6 pagi kot.Awal tak awal. Sebelum ni dah lama giler aku tak bangun seawal tu. Pastu popapapa..siaplah nak g keje. Kul 6.45 pagi aku dah terpacak kat tepi jalan tu. Kenapa kenapa..Aku g kerja dengan bas okay.. Ops! lupa nak habaq, aku start kerja pukul 9 pagi lo

Dear dairi

Sekarang aku dalam kekeliruan yang amat. Aku perlukan seseorang, datang kepada aku, and say...you should do that! or  what u do now is right..arghh!! Dilema datang bertimpa-timpa. Masalahnya, aku tak tahu nak wat apa sebab sekarang aku tak tahu ke mana arah tuju aku. Kalu ada pilihan yang jelas, takdelah aku teraba-raba nak buat keputusan. Tapi yang payah, sebab aku kena wat keputusan di atas pilihan yang masih samar-samar. Ada sape-sape faham tak?! hurmm... Kalau ada pilihan A atau B, senang. Aku akan boleh kaji kebaikan dan keburukan salah satunya. Tapi sekarang... i'm blur! totally  

Pilihan

Pilihan.. Sekarang ni aku makin susah nak buat pilihan. Macam-macam nak kena fikir. Kalau buat macam ni, yang tu lak kena fikir, kalau buat yang tu, yang ni plak macam mana. Haish..dilema wanita aku ni. Sampaikan fikir punya fikir jangan habuk pon takde..waaa Ok, dah berbulan kot aku duk ternak lemak jew kat umah..hati dah mula risau ni... Yelah mana tak risau, aktiviti aku tu banyak keburukannya. Badan makin jadi gemuk dan yang paling PALING utama...aku takut aku dah lama sangat abis blaja dan aku takut suatu hari nanti aku dah xleh guna perkataan FREsh Graduate tuh..haaa Kalau nak sedapkan hati, baru 4 bulan jew aku start cari keje..weh..lama gak tuh..oh tidakk!!.. ok..ok...aku cakap siyes.. Sebenarnya, aku tak tau, nak wat apa dengan hidup aku. APA ( did u out of ur mind? ) Umur dah jejak suku abad, tapi tak tau nak buat apa dengan hidup kau sendiri? Kemon la.. wake dear.. cheT!! senang r kau cakap.. kau tak duk tempat aku..Please stand in my shoes..erk..yea x bahasa orampu

kawan-cinta-sayang-kasihan

Pelikkan hidup ini. Dari tidak menyapa, akhirnya menjadi kenalan, kemudian detik perkenalan membawa kepada hubungan persahabatan. Gurauan, senda, dan segala curahan rasa dilemparkan. Walaupun kadang-kadang bahasa yang digunakan kedengaran kasar, namun kita boleh jadi kawan yang sekepala. Namun, kita hanya manusia biasa. Kebiasaan menjadi keperluan. Kita mula melangkah ke alam percintaan.  Sekarang bermulalah segala detik kemanisan, dan kegembiraan. Pada mulanya, semuanya kedengaran indah. Segalanya kelihatan elok. Cinta yang berputik menimbulkan sayang. Yea..sekarang bermulalah erti sebenarnya percintaan tersebut. Segala kemanisan, kegembiraan ditambah secukup rasa dan diselang seli dengan kepahitan, kesedihan, kedukaan, kekecewaan.  Setelah semua rencah perasaan dirasai, kasih sayang yang menggunung menjadi pengakhiran segalanya. Cinta yang dipegang, sayang yang digenggam akhirnya terpaksa dilepaskan. Akhirnya, cinta bertukar menjadi kasihan. what a bull shit...hurmm

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Selamat Tahun Baru

Tup tup..dah masuk tahun baru dah. Masing2 duk post status masing2 pasal new year kat facebook...huhuu.. Masing2 ada azam yang ingin terlaksana pada tahun 2012 ni..Dah masuk tahun baru dah, bermakna tahun ni akan bertambah lagi setahun umur aku. Tiba2 rasa macam dah makin tua dah.. Wah!! Tak boleh terima kenyataan jap..hehee..Walau pe pun kehidupan harus diteruskan. Hurmm..semua orang pasang azam baru. Pe ek azam aku tahun ni. Banyak sebenarnya, mungkin antara yang aku boleh senarai kat sini :- get a job , aku tak kisah sebenarnya dapat kerja kat mana2 pun, tapi bila fikirkan umi ngn abah aku suruh aku stay kat kg, so mungkin ni gak harapan aku, moga2 aku dapat satu kerja kat kg ni..huhuu..walau apa pun, jika bukan rezeki aku kat kg, hopefully aku akan dapat kerja jugak!! (sangat2 berharap)       sambung belajar. Ni pun salah satu azam aku, harap2 aku boleh sambung study. Aku tak fikirkan lagi pasal ni, maybe aku mesti cepat2 buat keputusan sebelum semuanya terlewat..hu