Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Muhasabah Diri

Hari terdetik nak tulis entri baru sebab baru lepas hantar email kat team partner, ada satu kejadian yang buat aku terfikir dan terdetik sesuatu yang aku rasa penting untuk peringatan diri aku ni. Pernah tak mengalami keadaan di mana semua orang salahkan kita, dan kita rasa kita tak bersalah. Ada kemungkinan kat sini, pertama kita memang tak bersalah tapi di salahkan a.k.a jadi kambing hitam untuk sesuatu kejadian yang orang lain tak sanggup nak bertanggungjawab dan kemungkinan kedua adalah sememang kamu bersalah! Kalau keadaan pertama tu, tak dapat eden nak nolong, yang boleh hanya cakap peace yo, sabar ajelah, dugaan hidup, langit tak selalunya cerah, mendung akan berarak pergi, mungkin kalini kita di bawah, lain hari tiada siapa yang tahu..cehh..ayat kasi baik punya..HAHAH.. Okay untuk kes kedua, kita kena muhasabah diri, sebab biasa la manusia selalu rasa diri tu betul. Kita ego nak ngaku kesalahan diri, kita blame orang lain yang tak faham kita dan cuba kenakan kita walhal da...

Penyelesaian Masalah

1)Kenalpasti permasalahan 2)Analisis masalah -Apa punca permasalahan -Kesan dari masalah -Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah 3)Kenalpasti penyelesaian -Apa penyelesaian yang diperlukan -Kesan sampingan yang diperoleh :- -Negatif atau positif -Jangka masa terdekat dan masa depan 4)Perbandingan di antara penyelesaian masalah 5) Setelah melakukan semua urutan 1 hingga 4, adakah sudah dapat menyelesaikan masalah? a) Jika dengan menyemak dan mengkaji permasalahan menggunakan kaedah di atas dapat mengurangkan kekangan perasaan seperti stress dan rasa ketidakpuasaan hati. -Bermakna ia bukanlah masalah terbesar buat diri, sila istiqamah. b) Jika perasaan berasa yakin dan lega dengan penyelesaian yang ditemui -Ya, mungkin ia keputusan yang terbaik. Sila timbang tara kebaikan dan keburukkan, yang mana lebih menonjol dan memberi impak dalam arah tuju hidup.

Sandaran Hati

Perjalanan yang diharungi hari demi hari terasa seperti suram. Tiada kisah cerita yang terpahat. Yang ada hanya epilog epilog perjalanan aku menghabiskan sisa waktu. Melihat teman-teman yang semakin ramai yang beranjak ke fasa yang baru,terdetik jauh nun dihati, bagaimanakah pengakhiran kisahku. Namun, aku pasrah kerana aku yakin pasti ada cerita yang menarik buatku di masa hadapan kelak. Aku cuba berfikiran positif, walaupun terkadang dijiwaku teramuk seribu satu pertanyaan dan pengharapan. Aku cuba bersabar. Saban waktu, aku cuba mengisi waktu dengan cara aku sendiri, kadang-kadang aku terfikir apakah betul jalan yang aku pilih? Adakah ini yang aku kehendaki? Tatkala teman seusiaku menghabiskan waktu dengan insan-insan tersayang, dan aku hanyalah dengan assignment, test dan buku-buku ilmiah yang tidak akan putus selagi aku tidak tamat pengajian sarjana aku. Ya, mungkin sekiranya yang terjadi tidak terjadi seperti itu, mana mungkin aku menikmati apa yang aku miliki pada ...