Setiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta. Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan. Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini.
"Jika kau minta bulan permata belum tentu ku mampu." Tiba-tiba teringat lagu ni, tak silap lagu Yuna Zarai kot aku lupa dah. Terlalu lama aku tak meluahkan perasaan dalam penulisan. Mungkin sebab aku dah lama tak membaca? Mungkin. Atau Terlalu banyak luahan yang tidak dapat aku huraikan dalam penulisan. Mungkin juga. Kadang tu, ada idea yang aku ingin coretkan tapi sebab ia datang pada Waktu yang tidak tepat, dan setelah lama ia terbenam dalam kepala, sampai sudah tak muncul juga. Tiada kaitan, tapi nak bercerita je. Huhuu. Semalam aku pergi berenang, sebab dah lama kan aku tak berenang, hampir 4 tahun ke? Jadi bermula bulan lepas aku ajak adik aku pergi berenang. Dan memang betul, aku dah tak ingat cara nk berenang, yeah dulu pon pandai sikit-sikit je, budak baru nak belajar katakan. Bila dah lama, skil yang tak Mahir memang akan cepat lupa lah kan. Aku struggle nak catch up balik skil renang tu, fuhh hari pertama habis sakit otot aku, sebab ak...