Skip to main content

Aku Pikirin

Fuh! Dah lama aku tak mengupdate blog, walaupun setiap hari, ada sesuatu yang aku ingin kongsikan di sini. Tapi oleh sebab idea itu mencurah di waktu yang tidak sesuai, aku tak punya kesempatan untuk mengetipnya di sini.

Yela, waktu bersiap nak g opis la, waktu drive la, baru ada rasa nak berblog, mana mungkin sebab itulah asyik tertunda saja sampaikan aku tak ingat apa yang hendak di bahaskan di sini.

Oh! Sebelum terlupa, seperti yang pernah aku katakan di coretan yang sebelum ni, aku kata nak tunggu sesuatu kan? Hooyeaah! Aku dah dapat info, insyaallah, sabtu ni, 24 Ogos 2013 aku akan mendaftar di uitm shah alam sebagai student, again! yup, for master study in it. huuu...kali ni moga grad dengan cemerlang dan dapat KONVO  yea.....tengok, besau aku taip, betapa nak tekankan konvo tu, hahaaa, sapa yang rapat dengan aku mesti tahu kenapa, huuuu ;p

p/s: waiting for second news, hope it was a good news too..
tak sabarnya...agagaaaa...wait next update yes, will try to update something good and better. should be something ilmiahkan, hahaaaa.. apa apa ajelah cik ct wei...hah..bye

Comments

Popular posts from this blog

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap