Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Padang

Padang itu, Masih padang yang lama..  Rumput, buaian masih yang sama. Di tempat dulu.  Sewaktu aku galak berkejaran, dari satu buaian ke tempat gelongsoran. Seronok..kenangan Waktu dulu. Hari ini aku ke situ.  Perasaannya lain.  Aku terasa pilu.  Mungkin kerana aku sudah dewasa.  Atau kerana aku rasa semua sudah berbeza. Tempat yang sama, mainan yang sama.  Tapi aku mungkin sudah tidak sama seperti dulu. Aku kira, mungkin aku berubah. Tapi orang-orangnya masih sama. Kenapa rasanya sudah berbeza? Thinker Star ~amane~