Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri. Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar. Gusar bilakah ia akan berakhir. Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri. Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri. Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan. Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala. Bilakah ia akan berakhir. Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku.
seUntai raSa, seLafaZ kata-kata...