SELAMAT DATANG!

WELCOME TO MY PAGE JANGAN LUPA JADI FOLLOWER DAN BAGI KOMEN ANDA OK

Tuesday, May 29, 2012

Cubalah


Di sepanjang ranjau yang aku mendatangi..
Kepasrahan, keresahan sering berganti...
Puing-puing cerita semalam..
menenggelamkan jiwaku...
Aku cuba tersenyum di atas semua kepahitan..
walaupun senyumku hanya dihujung bibir..
Perasaan itu aku biarkan timbul tenggelam di benak..
Mungkinkah ada penghujung kepada semua cerita..
tatkala hanya hatiku yang mula berbicara...
Setiap hati, setiap masa..
Aku bisikkan ke dalam jiwa...
Perasaan yang harus aku ada...
Ingatan yang harus aku simpan..
Ingatan yang harus aku pendam..
Walaupun dipertengah aku tak mampu bertahan..
Aku cuba mengumpul tenaga yang ada..
Ku atur langkahku segagah yang boleh..
Biarpun langkahku terlihat pasung..
Ia tetap aku...
Yang cuba untuk berdiri..
Dengan kedua belah kaki...
Yang aku miliki..

Sunday, May 27, 2012

Terima Kasih


terima kasih di atas kesakitan ini..
kerana dari kesakitan ini..
aku tahu nilainya sebuah perasaan..

terima kasih di atas kekecewaan ini
kerana dari kekecewaan ini..
aku tahu ertinya sebuah harapan.

terima kasih di atas keperitan ini..
kerana dari keperitan ini..
aku tahu erti ketabahan..

terima kasih di atas kenangan itu..
kerana dari kenangan itu..
aku belajar erti kehidupan.

terima kasih di atas kasih sayang itu
kerana dari kasih sayang itu
aku jalani semua pengertian..

Saturday, May 26, 2012

Ku titipkan sebuah puisi buat dirimu


kau hadir disetiap langkahku....
bayanganmu menjelma disetiap ruang fikiranku...
hatiku merasa kekosongan...
kerna aku tahu..
aku hanya mengintai bayang-bayang..
yang takkan bisa aku gapai dalam genggaman...
hadirmu hanya sekejap cuma...
namun kisahmu ku bawa bersama.
Secarik keresahan, selembar keperitan....
Yang ku cantum sebagai satu kenangan...
Yang membuat jiwaku bergelora...
Memanahkan bilah-bilah kekecewaan...
Hatiku hanyut tanpa arah tujuan...
walaupun di kotak fikiran..
ku tahu kau hanya bayang-bayang..
biarpun tanpa sedar..
Ku harap bayang-bayang itu menjelang.
Ku tekadkan di dalam hati...
kau bukan untukku lagi...
akan ku redha pemergian dirimu...
kerana ku tahu kau akan bahagia tanpa diriku.

Sunday, May 06, 2012

For The 1st Time


          Dah lama betul aku tak update blog aku ni. Yelah sejak awal tahun ni kot. Berbulan gak aku mendiamkan diri.Kemalasan yang amat betul aku ni kan..hehe.Kalau tak malas tu bukan aku lah yea.. :P ok by the way. 2 Mei 2012 tarikh keramat di dalam kamus hidup aku. Apa yang keramat sangat tu ek..       hehe..Yelah pada hari tulah bermulanya perubahan dalam hidup aku. Aku dah tak jadi penganggur terhormat dah.Tu kerja PERTAMA aku okay! Mana tak keramatnya..hehee..i shoud remember this date forever ma..
hehee..Kat mana ek aku kerja? NO no no tak leh state...position apa..biarlah rahsia dahulu wat masa ni..huhuu.

               Ok berbalik pada 1st day aku tu, takde pe sangat la. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun, pukul 6 pagi kot.Awal tak awal. Sebelum ni dah lama giler aku tak bangun seawal tu. Pastu popapapa..siaplah nak g keje. Kul 6.45 pagi aku dah terpacak kat tepi jalan tu. Kenapa kenapa..Aku g kerja dengan bas okay.. Ops! lupa nak habaq, aku start kerja pukul 9 pagi lor..Awal kan aku bersiap. Kalau nak tahu, aku terpaksa naik 2 bas yang berlainan okay, pastu kena jalan kira-kira dalam 10/15 minit (jalan bukan gaya terkedek-kedek okay, ni jalan gaya nak masuk marathon....hahaa) lepas berpenat lelah, aku sampai la kat opis aku tu pukul 8.30pagi. Baguskan aku ni. Memang boleh jadi pekerja contoh..hahaa..Awal-awal bolehlah. Tengok nanti bila aku dah lama-lama. hahaaa..

               Sambil-sambil aku marathon tu, ada terfikir gak, macam manalah nanti. Mintak-mintaklah ok, bisik aku dalam hati. So far, semua nampak friendly at the first sight. Tapi biasala aku ni, memang sejak dulu kala susah kot nak cari kawan yang mudah mesra, melainkan insan tersebut amatlah seorang yang mesra alam ataupun jenis tak kisah..Kenapa ek macam tu, yelah muka kau tu macam kerek je, orang tengok pon macam nak sepak-sepak..(adoi, aku dah cuba dah wat muka user friendly, tapi tak jadi.hahaa..dah lumrah alam kot). Nasib baiklah, ada akak-akak yang tak kisah, oklah, awal-awalkan memang macam tu, nanti dah kenal barulah cinta ork..hahaa  :P

             Pagi-pagi lagi dah kena exercises cara jepun, apatah nama dia, aku pon lupa. Aku main hentam je ikut dorang buat. Funny. Tapi de faedah dia gak. Aku rasa exercise tu bagus untuk di praktikkan, if aku tak malu-malu naga nak buat dengan bsersungguh-sungguh..hahaa. Lepas sesi senaman, bermula la sesi briefing, masing-masing kena bagi tau kat depan semua orang, dia nak buat apa arini. Ahlamak, so tiap-tiap harilah aku kena senaman, lepas tu, kena fikir nak cakap apa hari-hari ( motovation yangg aku dapat dari situ, dorang nak kita ada tujuan datang kerja setiap hari, so dengan kita bagi tahu rakan sekerja, so kita dah set mind kita, apa task yang kita nak buat pada hari tu, sekaligus membuatkan kita ada arah tuju dan fokus)
Elok bebenar untuk orang macam aku, yang jenis tak reti nak fokus. hahaa..amik kau..

So, lepas tu semua, aku start training pasal kerja-kerja aku dan join meeting ma, walaupun aku blur-blur lagi, tapi aku akan try catch up everything..insyaallah :)
bak kata bahasa ibunda aku, acu try test..hehe :))

~ begitulah hari-hari kedua dan ketiga aku berlalu, doing the same thing, just hear what they trying to explain. Understand it, and save it in my memory. Tapi blur-blur tu masih ada @_@ ...huhuuu...hopefully, next day everything be okay. hop hop hop.. :P