Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

alhamdulillah....

akhirnya... aku mendapat ketenangan yang aku cari... bila kita dekatkan diri kita pada Allah SWt.. segala resah....hilang... bila kita lupakan segalanya... jiwa kita aman.... bila kita bersyukur nikmat yang diperolehi... hati kita bahagia...
hidup ini adalah satu perjuangan... hidup ini tidak akan bermakna tanpa kenangan dan pengalaman.. hidup ini akan lebih indah sekiranya kita mensyukuri nikmat yang kita perolehi... hati akan diseliputi kegusaran, kebencian, dan tiada ketenangan sekiranya kita sering membandingkan kehidupan kita dengan orang lain... kita akan mula membandingkan diri kita dengan mereka.. apa yang mereka ada... dan apa yang kita tiada... dari situ... kita mula merasa hidup kita serba kekurangan tanpa melihat kelebihan yang kita ada dan tanpa melihat kekurangan yang mereka ada..... kita mula mengira setiap perkara... kita mula menghitung setiap perkara... kita mula melupakan perkara yang penting... dan.. kita mula mengejar segalanya..

aGAr aKu...

adamku kau sebenarnya imam dan aku makmum aku adalah pengikutmu kerana kau ketua jika kau benar,maka benarlah aku jika kau lalai,maka lalailah aku wahai adam kau punya kelebihan akal manakala aku kelebiahn nafsu akalmu sembilan,nafsumu satu akalku satu,nafsuku beribu oleh itu,adam.. pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya adamku aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu agar kelak nanti diberkati Ya Rabbi kenalkan aku dengan majlis-majlis agama ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penh barakah khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu bimbinglah aku dengan amar ma'aruf dan nahi mungkar adamku ajarilah aku agar aku menjadi isterimu yang solehah didiklah aku supaya menjadi permata dilembah kaca selimutkan aku dengan