tag:blogger.com,1999:blog-57950542388878779412024-03-14T05:05:02.506+08:00aKu dan DiRikuseUntai raSa, seLafaZ kata-kata...tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.comBlogger100125tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-14426907725095546442023-12-15T23:04:00.001+08:002023-12-15T23:04:23.359+08:00Titik Apa Kamu SekarangSetiap orang berada pada titik hidup yang tersendiri, kerana setiap perjalanan dan hala tuju setiapnya berbeza. Jika ditanya aku apa titik yang aku berada kini. Jawapannya ialah Titik Buta.
Kerapkali aku memikirkan hala tuju kehidupan aku. Aku sesat. Apa yang aku cari dalam hidup aku ni.. Aku buntu. Setiap perancangan aku tidak terlaksana seperti aku bayangan.

Tahun 2023 hampir ke penghujung. Masihkah aku akan me gula gi kehidupan beberapa yang sama ini.
tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-86843598474443060972022-02-19T21:57:00.000+08:002022-02-19T21:57:15.706+08:00Unexpected Kindness"Jika kau minta bulan permata belum tentu ku mampu."
Tiba-tiba teringat lagu ni, tak silap lagu Yuna Zarai kot aku lupa dah.

Terlalu lama aku tak meluahkan perasaan dalam penulisan.

Mungkin sebab aku dah lama tak membaca? Mungkin.

Atau Terlalu banyak luahan yang tidak dapat aku huraikan dalam penulisan.

Mungkin juga.

Kadang tu, ada idea yang aku ingin coretkan tapi sebab ia datang pada Waktu yang tidak tepat, dan setelah lama ia terbenam dalam kepala, sampai sudah tak muncul juga.

Tiada kaitan, tapi nak bercerita je. Huhuu.

Semalam aku pergi berenang, sebab dah lama kan aku tak berenang, hampir 4 tahun ke? Jadi bermula bulan lepas aku ajak adik aku pergi berenang.

Dan memang betul, aku dah tak ingat cara nk berenang, yeah dulu pon pandai sikit-sikit je, budak baru nak belajar katakan. Bila dah lama, skil yang tak Mahir memang akan cepat lupa lah kan.

Aku struggle nak catch up balik skil renang tu, fuhh hari pertama habis sakit otot aku, sebab aku main buat je kan, tEknik yang salah Campur dengan otot yang lama tak bersenam, memang sakit otok Lengan aku sampai tak boleh nak tidur malam tu.

Dijadikan cerita, semalam aku pergi lah kan berenang lagi, memang aku cepat mengah sebab time nak berenang tu, aku tak boleh amik nafas, jadi cepat penat. Otot lengan pon sakit.

Aku tak mengalah, aku cuba lagi nak bagi dapat balik skil renang aku.

Oh yea, aku pergi time ladies hour kat Marina Putrajaya.

So time tu ladies jela. Okay, time aku renang semalam, lane sebelah aku tu, memang nampak lah dia power berenang..dengan banyak gak dia bawak accessories renang dia.

Aku usha je dia, malu pon yea, sebab aku berenang tak pandai.. Hahahaa..

Aku dalam hati, seronoknya dia berenang macam-macam gaya ada.

"Aku nak juga, tak banyak gaya pon, janji dapat berenang kan," Rintih aku dalam hati.

Aku dalam duk cuba blaja berenang tu, tengah aku floating tu, aku macam terlanggar seseorang. Aku macam "eh sorry saya tak nampak" ingatkan aku pergi masuk Lane org lain time aku terapung tu kan. Rupanya org Lane sblh aku.

Dia cakap something bunyi mcm band band. Camtu... Aku ingat apa.

Dia ckp mana band ke apa.. Aku blur weh.. Sebab mcm tiber je kan. Lepas tu, aku cakapla apa yg otak aku fikir, aku cakap oh band ada tak pakai.

Mcm blur gitu.

Lps tu dia cakap lah.

Sini tak boleh ajar berenang, tapi mari sy tunjuk awak satu cara kat awak. Dia pon macam takut-takut masa nak bagitahu aku tu.

Aku macam eh... Okay.. Apa dia.

Dia ajar aku weh step nak berenang dgn betul.. Dia guide aku. Aku macam fuhh apa dia ajar tu baru aku ingat step coach renang ajar aku dlu.

Dan yeaaa.. Cara itulah yg buat kita tak penat. Dan cara yg betul.

Tengah dia duk ajar tu, masa dah nak abis.

Aku kena keluar dr kolam.. So shedey...aku sembanglah sikit dengan dia, dia selalu datang ke situ, dia cakap dia nak tournement apa ntah, aku lupa. Otak aku ni kalau aku bagi signal tak penting, memang takkan masuk otak.. Hahaha.

Aku rasa masa eh, seronok gembira, sebab benda yg macam spontaneous gitu.

Unexpected Kindness. Buat aku rasa macam, eh baik la dia, aku pon nak jadi orang yang baik, yang Tolong org dengan tiba2 tanpa harap balasan.

Memori lama datang balik.

Aku dikatakan bertuah la juga, tak kira aku dalam Masalah, musibah ke, atau random situasi, ada je ditemukan orang yang baik2. Rasa weh goosebumps.

"Be good, do good. Something good will come..." Tiber.. Hahaa.

Tapi betullah, kebaikan Kadang datang tanpa terduga.

Benda nampak kecik, tapi cukup buat hati aku jadi besar. :3)

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-33491868980781359772021-11-12T16:26:00.001+08:002021-11-12T16:26:01.152+08:00PadangPadang itu,
Masih padang yang lama..

Rumput, buaian masih yang sama.

Di tempat dulu.

Sewaktu aku galak berkejaran, dari satu buaian ke tempat gelongsoran.

Seronok..kenangan Waktu dulu.

Hari ini aku ke situ.

Perasaannya lain.

Aku terasa pilu.

Mungkin kerana aku sudah dewasa.

Atau kerana aku rasa semua sudah berbeza.

Tempat yang sama, mainan yang sama.

Tapi aku mungkin sudah tidak sama seperti dulu.

Aku kira, mungkin aku berubah.

Tapi orang-orangnya masih sama.

Kenapa rasanya sudah berbeza?

Thinker Star

~amane~

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-24708645180060664822021-09-09T15:48:00.001+08:002021-09-09T15:48:01.735+08:00disisikuKini sepi menyendiri, sunyi menemani.
Hari hari ku.

Terkenang, peristiwa semalam.

Tika kau dan aku bersama sama.

Sukanya hatiku, ditemani kamu disisiku.

Waktu berlalu, tiada ku getir.

Kau ada selalu. Disisiku.

Selalu ada.

Kini itu semua satu memori.

Tiada lagi kau di sisi.

Ku sendiri.
tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-29834461456454024282021-04-02T07:44:00.001+08:002021-04-02T07:44:44.503+08:00BilakahMenunggu bilakah episod ini akan berakhir.

Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan.

Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.

Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.

Gusar bilakah ia akan berakhir.

Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.

Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.

Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.

Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.

Bilakah ia akan berakhir.

Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku.

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-8749108028431560502021-01-01T00:12:00.001+08:002021-01-01T00:12:57.475+08:00Mampukah Kita Untuk BerubahHampir separuh dari umur, aku cuba untuk membuat orang-orang faham kehendak aku, cara aku.
Jika suara hatiku tidak difahami, tidak didengari, aku lebih senang mengeskpresikan dengan tindakan agresif. Aku fikir dengan cara itu aku boleh meluahkan apa yang terbuku dan mereka akan faham.

Itu kesilapan terbesar aku.

Setelah aku faham. Aku cuba untuk ubah. Sebab aku penat. Dan aku sedar, aku patut ubah untuk lebih faham diri aku sebelum aku mahu orang faham aku.

Bila aku sudah mulai kenal diri aku, aku selami tindakan aku dari kecil, seusia remaja dan sehingga aku sudah dewasa.

Aku mahu orang faham aku.

"Itu salah."

Selepas itu, aku juga mula sedar yang aku mahu orang ikut cara aku. Sebab itu aku mahu orang faham aku.

"Itu juga salah."

Aku tidak boleh ubah orang untuk ikut cara aku. Sebab aku juga kadang tidak mampu ubah diri aku untuk jadi orang yang aku mahu.

Detik itu aku mulai faham sesuatu.

Hal-hal berat yang aku fikir dibenak kepala aku terasa hilang separuh.

"Lega."

Betapa aku bertahun mendera emosi sendiri, membebankan otak.

Akhirnya aku faham.

Kini, aku cuma perlu cuba ubah diri aku untuk jadi manusia lebih baik.

Tidak perlu harapkan orang lakukan untuk aku. Ini hidup aku.

Mahu yang bagaimana, aku ubah dulu diri aku.

Kadang juga susah, tapi setiap hari aku akan ada kesempatan untuk membuat sedikit perubahan.

Susah tapi aku rasa ia akan berbaloi.

Tolong ingatkan aku.

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-7811073627018500672020-04-02T01:00:00.001+08:002020-04-02T01:00:59.003+08:00Sikap dan TabiatSetiap manusia diciptakan dengan sikap dan tabiat yang berbeza. Apa yang membezakan sikap dan tabiat adalah cara mereka mengatasinya. Ada sikap dan tabiat buruk yang mungkin boleh diubah, Dan mungkin itu juga secara lumrahnya ianya ada?tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-52490970531160495522019-09-27T14:58:00.003+08:002019-09-27T15:00:03.954+08:00Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan.

Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, apa buktinya? Jika dikata cinta, di manakah ia? Aku insecure, yea. Sebab itu aku perlukan perbuatan, bukan kata-kata semata.

Jika cintaiku aku, cintailah dengan perbuatan mu. Dari layananmu aku tahu menilai di mana nilainya cinta dan sayang.

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-84052779314556454052019-09-26T14:30:00.000+08:002019-09-27T14:58:52.254+08:00Tiadanya Abah, Baru Aku Tahu Ertinya Sepi

Hari ini genap 30 Hari setelah kepergian abah (28 Aug 2019, Rabu jam 6:30, 27 Zulhijah). Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abah aku yea. Aku tak tahu kat mana nak bermula, tiba-tiba rasa aku nak meluahkan perasaan aku di sini walaupun sudah bertahun blog aku terbiar usang bersawang. Tapi hari ini terasa berat di hati, aku ambil keputusan untuk bercerita di sini.

Rindunya pada abah membuat aku tahu makna sebenarnya sepi, rindu pada insan yang tiada walaupun jauh di sudut hati. Aku masih berharap ini semua hanyalah mimpi walaupun realitinya, yea abah sudah meninggalkan kami. Segala yang aku rancang dan aku inginkan tidak seperti yang aku harapkan. Kerana perancang teragong adalah Allah swt yang lagi tahu yang mana terbaik buat aku dan keluarga aku. Bohong aku kata, aku tidak terdetik kenapa abah terlalu awal dijemput-Nya. Kenapa pada masa ini. Kami masih perlukan abah. Aku masih perlukan abah. Banyak janji yang tidak tertunai, banyak hasrat yang tidak terlaksana, tidak terluah. Mengimbas kembali, terkenang perkara yang lalu, membuat aku lagi sebak. Ya Allah sungguh jiwa aku sunyi. Kesunyian yang aku makin terasa sebelum ini, makin aku terasa setelah pemergian abah. Jika aku yang sedia lopong, jadi lohong, yang tidak akan dapat disi dengan apa pun. Hala tuju aku di mana? Sehari-hari aku meniti hari, hal yang berlaku tetap sama. Aku cuba membisikkan pada hati, "kau harus sabar, Allah ada perancangan yang terbaik untuk mu" Tapi bilakah waktunya tiba Ya Allah?

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-72133710860712629042015-02-12T10:52:00.000+08:002015-02-12T10:52:25.087+08:00Keliru Itu Aku, Tetapi Kenapa Aku?Keliru. Ya, aku keliru.

Apabila ia tidak seperti yang aku harapkan.

Tidak juga seperti orang lain tetapkan.

Aku jalani apa adanya, tanpa paksaan sesiapa.

Kerana hidup ini, hidup aku, aku yang jalani.

Persoalan kian muncul, betulkah apa yang terjadi?

Apakah aku cuba bermain dengan api.

Aku keliru, dalam menentu hala tuju,

Kerisauan ini, tidak pernah muncul sebelum ini,

Tapi kini, aku mulai terasa, aku tersasar, aku risau aku mengecewakan.

Ramai orang termasuk diri aku sendiri.

Teraba aku mencari hala tuju, aku menyimpang.

Aku tahu itu salah, tapi aku teruskan, kenapa? tell me why??!

Masihkan ada ruang aku memperbetulkan semuanya???tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-29527828108030239972014-11-20T10:00:00.000+08:002014-11-20T10:00:42.663+08:00Masa Ini, Ketika IniHari ni, oh bukan. Sebenarnya beberapa hari ni, terutamanya semalam.

Banyak sangat hal yang berlaku. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan yang aku alami. Sedih? Kecewa? Bosan? Serabut? Gembira? Rindu?

Semuanya berkecamuk di dalam jiwa. Tidak terluah. Seperti ada batu yang menghempas ke tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-75733054800649282912014-11-20T09:57:00.001+08:002014-11-20T09:57:11.451+08:00Luahan untuk hampir setahunSetelah sekian lama aku mendiamkan diri kat blog ni, hari ni tetiba ada mood rajin untuk menaip entri.

Rupanya untuk tahun ni, langsung takde entri dari aku. Sob sob sob.

Sibukkah? Mungkin, padahal malas sebenarnya.

Banyak benda yang nak di luah sehingga tak terluah, banyak benda yang nak di cerita sampai tak tau nak mula dari mana.

Oh yea, aku sekarang still dalam proses untuk habiskan master aku, sekarang dah sem 3, bermakna, aku akan habis tahun depan, sekiranya, tiada aral. Moga-moga habis seperti yang dirancanglah. Walaupun aku tahu keadaan kemalasan aku sekarang ni agak berbahaya untuk di saat saat genting ni.

Banyak benda dah berlaku tahun ni, ada yang di luar jangkaan aku, ada yang lari dari planning aku, tapi for sure, selagi belum tiba masa, kita tak nampak lagi hikmah dia kan? Kita sangka baik jela,usaha, redha,dan tawakal. Itu jela yang mampu untuk di buat.

Moga tahun depan ada sirna buat diri aku.

Harap harap aku dah boleh grad dan konvo tahun depan. Cepat cepatlah abis kehidupan yang kelam kelibut ni.

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-41958517473983927472013-11-13T17:40:00.000+08:002013-11-13T17:40:38.622+08:00Muhasabah DiriHari terdetik nak tulis entri baru sebab baru lepas hantar email kat team partner, ada satu kejadian yang buat aku terfikir dan terdetik sesuatu yang aku rasa penting untuk peringatan diri aku ni.

Pernah tak mengalami keadaan di mana semua orang salahkan kita, dan kita rasa kita tak bersalah. Ada kemungkinan kat sini, pertama kita memang tak bersalah tapi di salahkan a.k.a jadi kambing hitam untuk sesuatu kejadian yang orang lain tak sanggup nak bertanggungjawab dan kemungkinan kedua adalah sememang kamu bersalah!

Kalau keadaan pertama tu, tak dapat eden nak nolong, yang boleh hanya cakap peace yo, sabar ajelah, dugaan hidup, langit tak selalunya cerah, mendung akan berarak pergi, mungkin kalini kita di bawah, lain hari tiada siapa yang tahu..cehh..ayat kasi baik punya..HAHAH..

Okay untuk kes kedua, kita kena muhasabah diri, sebab biasa la manusia selalu rasa diri tu betul. Kita ego nak ngaku kesalahan diri, kita blame orang lain yang tak faham kita dan cuba kenakan kita walhal dah sah sah salah kita kan? Cuba kaji kenapa mengapa orang semua duk tunding jari kat kita. Adakah kita yang bermasalah, atau mereka yang saja buat masalah.

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-87591029873494769952013-11-11T14:10:00.003+08:002013-11-11T14:15:19.735+08:00Penyelesaian Masalah

1)Kenalpasti permasalahan

2)Analisis masalah

-Apa punca permasalahan

-Kesan dari masalah

-Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah

3)Kenalpasti penyelesaian

-Apa penyelesaian yang diperlukan

-Kesan sampingan yang diperoleh :-

-Negatif atau positif

-Jangka masa terdekat dan masa depan

4)Perbandingan di antara penyelesaian masalah

5) Setelah melakukan semua urutan 1 hingga 4, adakah sudah dapat menyelesaikan masalah?

a) Jika dengan menyemak dan mengkaji permasalahan menggunakan kaedah di atas dapat mengurangkan

kekangan perasaan seperti stress dan rasa ketidakpuasaan hati.

-Bermakna ia bukanlah masalah terbesar buat diri, sila istiqamah.

b) Jika perasaan berasa yakin dan lega dengan penyelesaian yang ditemui

-Ya, mungkin ia keputusan yang terbaik. Sila timbang tara kebaikan dan keburukkan, yang mana

lebih menonjol dan memberi impak dalam arah tuju hidup.tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-6446857821812126452013-11-07T14:13:00.002+08:002013-11-07T14:14:48.760+08:00Sandaran Hati

Perjalanan yang diharungi hari demi hari terasa seperti suram.

Tiada kisah cerita yang terpahat.

Yang ada hanya epilog epilog perjalanan aku menghabiskan sisa waktu.

Melihat teman-teman yang semakin ramai yang beranjak ke fasa yang baru,terdetik jauh nun dihati, bagaimanakah pengakhiran kisahku.

Namun, aku pasrah kerana aku yakin pasti ada cerita yang menarik buatku di masa

hadapan kelak.

Aku cuba berfikiran positif, walaupun terkadang dijiwaku teramuk seribu satu pertanyaan

dan pengharapan. Aku cuba bersabar.

Saban waktu, aku cuba mengisi waktu dengan cara aku sendiri, kadang-kadang aku terfikir apakah betul jalan yang aku pilih? Adakah ini yang aku kehendaki?

Tatkala teman seusiaku menghabiskan waktu dengan insan-insan tersayang, dan aku hanyalah dengan

assignment, test dan buku-buku ilmiah yang tidak akan putus selagi aku tidak tamat pengajian sarjana aku.

Ya, mungkin sekiranya yang terjadi tidak terjadi seperti itu, mana mungkin aku menikmati apa yang aku miliki pada hari ini. Mana mungkin aku menyambung pelajaran lagi, mana mungkin aku memiliki kereta aku sendiri..

Ya mana mungkin aku dapat lakukannya. Kerana semua yang berlaku ada sebab dan hikmah. Mungkin tidak pada masa ini, namun

pada masa depan, siapa yang pasti?

Aku bersyukur apa adanya, aku bersyukur dengan kenikmatan yang diberi aku juga bersyukur dengan ujian yang diberi.

Mungkin Allah swt mahu aku bersabar, kerana aku insan yang sangat tidak cukup sabar dan terlalu suka merintih untuk

hal yang tidak seberapa. tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-44279394601457509462013-10-31T15:25:00.001+08:002013-10-31T15:25:12.830+08:00Sekian lamaSelongkar setiap rasa,

hati kian meronta,

digapai kenangan,

namun tiada pengakhiran.

Mimpi semalam menerjah hati,

Adakah petanda, atau hanya mainan mimpi.

Mungkin aku harus perkuatkan diri,

Untuk menempuh rintangan yang menanti.

Bila masa akan berlalu,

Membawa semua kenangan itu,

Agar aku terus bangun,

membuka lembaran baru.

Ditanya rasa, ditepuknya dada.

Terasa kecewa, mencengkam jiwa.

Ku paksa bibir tersenyum ceria,

Semoga semuanya baik-baik saja.

Tidak ku pinta,

Kenangan itu menjengah,

Tidak ku pinta,

Ia datang berulang,

Cukuplah saja, jangan ditanya mengapa,

Kerana aku juga ingin bahagia.

p/s: lama tak berjiwang, mungkin aku sudah beransur sembuh..hakks! :P

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-30216669358223860392013-09-09T14:03:00.000+08:002013-09-09T14:03:50.888+08:00AmarahPerasaan marah atau amarah adalah sesuatu yang tidak elok dan bagus untuk diri dan kalau nak diikutkan agama kita pon menyuruh kita bersabar. Marah itu kawan syaitan.

Yess!! Aku tahu fakta tersebut.

Tapi..tapi..kadang-kadang perasaan amarah tu tak dapat dibendung.

Aku bukan hot temper, tapi aku sering cepat nak marah.

pasai apa? Pasal aku rasa benda tu tak patut terjadi. Sebab apa, sebabaku dah explain dan cakap berulang kali, tapi masih ada yang buat tak serupa macam aku nak.

Aku bukan seorang yang nak semua nak perfect jer. Tapi at least, please la jangan buat something yang undang amarah aku, aku cuba nak bersabar dooh..

Sejak dari semalam lagi aku rasa nak marah, nak marah sebab aku kecewa sebab orang tak faham aku, dan tak buat macam aku nak walaupun aku dah cakap berulang kali.

Lepas tu, arini terjadi la. Aku adela order satu barang ni online la. Aku ni bukan sejenis manusia yang suke beli online. Selama aku hidup ni leh kira dengan jari berapa kali aku beli online, tak sampai 5 kali wei... Aku rasa ni kali ke ,4 kot aku beli online.

Dan, as usual, aku selalu tak berpuas ati dengan service online ni. Sorry to say la.

Dulu aku beli barang, aku rasa tak puas hati sebab, barang yang sampai tak macam aku bayangkan, so aku jadi macam serik la.

Kali ni aku try sekali la. Sebab baru je beberapa hari lepas aku beli cover untuk tab aku tu okie, time tu pon aku terpaksa beli, sebab susah nak cari yang jenis tab aku tu.

Aku order la satu barang tu, aku punya la tanya elok-elok nak hantar ari apa, dia cakap jumaat. SO aku tanye la, sabtu leh sampai ke. Kalu boleh sampai sabtu, hantar dekat rumah la. So aku bagi la alamat rumah. Tup-tup sampai semalam aku duk usha pos laju tracker tu takde langsung pon rekod untuk barang aku tu. Arini aku check tup tup. EH dah hantar, dekat rumah lol.

Dan rupanya dia hantar ke rumah SEMALAM. memang sah sah la takkan sampai rumah semalam, mesti la sampai arini. kan dah susahkan aku...nak pegi ambil barang dekat pejabat pos petaling jaya tu...Mintak mintak barang tu aku puas hati, kalo tak..memang makan sumpah je penjual tu dengan aku... @_@

~terpaksa jadi kurang ajar cikit. huh!

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-86141574375724312572013-09-06T14:51:00.001+08:002013-09-06T14:51:22.993+08:00Kesopanan?Sudah lama aku berkira kira nak taip entri yang baru. Tapi akhirnya, tetiba aku terasa nak menaip. Dah alang alang duk depan laptop. (Alasan sangat..padahal memang malas nak buka laptop kalau kat rumah).

Oh, TidakKKKK!!! Arini aku lunch sempat lagi membelasah KFC. glurp!! Semalam makan chicken chop hasil kawan aku merangkap housemate aku(Namakan dia Ms. B) belanja sebab lulus test lesen memandu. Suka sangat la teww..hahaa

Okay. Berbalik pada entri ni. Aku dengan keadaan perut kenyang dan rasa bersalah pada diri kerana berjaya menambah lemak yang sedia ada. Tetiba terdetik kat hati aku pasal kejadian semalam.

Okay, semalam aku dengan Ms. B ni, nak pergi makan kat satu kedai tu, kedai XXX la dekat depan rumah aku tu. Kami pon duduk la, belek punya belek menu tu, aku tak tau nak makan apa. Sama la juga dengan Ms. B. Aku pon tercakap la, terasa nak try la chicken chop

dekat pasaraya terkemuka tu. (terkemuka la sangat, teringat kejadian side mirror kete aku kena calar...sama calar dengan hatiku melihatnya T_T)

Sebelum kami nak blah tu. Aku biase la dengan style brutal n ganas aku ni. Main blah je if tak jadi makan melainkan aku ternampak pelayan tu nampak aku blah. At least aku akan cakap la, sori saya tak jadi makan dengan sengih kerang plus muka aku yang siyes.. ada aku kesah kau marah ke tak. Dah tetibe tak jadi, nak wat macam mana kan...

Ganas dooh aku ni. Ke kira tu takde adap?

huuhuaa..

Tapi semalam kan, aku tak sempat buat ape2 reaksi or say ape pon, Ms. B dah terlebih dulu cakap kat pelayan tu. Abang, jap ek, jap..saya nak pergi beli barang. pelayan tu dah tengok macam tu jea.. Macam dalam hati dia cakap, tak menyempat nyempat beli barang sampaikan nak blah cepat cepat..hahaa..

Aku pon tegur la Ms. B, perlu ke sampai tipu cakap nak beli barang sedangkan sebenarnya kita nak makan tempat lain. Ms. B pon cakap, ala nak jaga hati..

Oh..patut la minah ni suke cakap belit belit, pasal dia nak jaga hati sampai dia terlupa banyak yang sakit hati sebab dia nak jaga hati...hahaha..adoiyaiii..

Bagi aku kan, aku suka cakap terus terang, korang plak macam mane? Aku tak suke la nak cakap bengkang bengkok, kalu tak nak, cakap tak nak, bagi aku terus terang tu penting, lagipun takkan la pelayan tu nak kecik hati atau nak marah pasal benda kecik macam tu je..

Ke aku ni yang terlampau ganas sampai takde sopan santun....keliru. :(

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-27275079800057634262013-08-23T14:43:00.001+08:002013-08-23T14:43:26.527+08:00Di sana, di sini; Begitu,begini.

Kadang-kadang kenapalah sesetengah orang suka membuatkan sesuatu yang mudah tu jadi payah? Sungguh aku tak faham.

Contohnya begini,

Orang pelik > Eh mane dekat n tak jem kedai berger dinosour dengan kedai nasi gulai sliper jepun

Orang bingung > Eh kau nak gi ngan sape ni? Cpt ckp baru aku bgthu...lalalalalalalaaaaa

Orang pelik > bukan aku tanya la ngok, kawan aku.

Orang bingung > Memang la kawan ko tanya, tapi ko mesti gi jugak kan? Macam la aku xtau. aku takdela bongok sangat.

Orang pelik > Eh, sejak ko nak masuk sekolah ni, makin bijak la. hahaha

Orang bingung > Ala, ko tu suke ckp belit belit. Susah tul nak cakap straight to the point. Nak kuar dgn "kwn" ko tu cakap je la.

Orang pelik > Eh mane ade aku cakap belit, ko ni mandai je.bla bla bla (ayat orang yang nak ngelat. sbb dah kantoi)

Orang bingung > wat ever

Orang pelik > hahaa...nada tak puas ati nampak

Orang bingung > .....not reply anymore (dalam hati ade lava mengalir)

Moral of story, susah ke wei nak cakap terus terang, if nak makan nasi, cakap jela nak makan nasi, tak payah cakap aku tak nak makan nasi, tapi aku lapar, sebab tu aku makan nasi. Mungkin aku ni jenis cakap tak berlapik, just cakap je benda betul, sebab tu aku tak reti dan tak suke orang cakap belit belit. Apa masalah kalau cakap je apa yang betul dan yang lurus. Susah ke.??!tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-60797840197593551632013-08-22T00:50:00.001+08:002013-08-22T00:50:32.836+08:00Aku PikirinFuh! Dah lama aku tak mengupdate blog, walaupun setiap hari, ada sesuatu yang aku ingin kongsikan di sini. Tapi oleh sebab idea itu mencurah di waktu yang tidak sesuai, aku tak punya kesempatan untuk mengetipnya di sini.

Yela, waktu bersiap nak g opis la, waktu drive la, baru ada rasa nak berblog, mana mungkin sebab itulah asyik tertunda saja sampaikan aku tak ingat apa yang hendak di bahaskan di sini.

Oh! Sebelum terlupa, seperti yang pernah aku katakan di coretan yang sebelum ni, aku kata nak tunggu sesuatu kan? Hooyeaah! Aku dah dapat info, insyaallah, sabtu ni, 24 Ogos 2013 aku akan mendaftar di uitm shah alam sebagai student, again! yup, for master study in it. huuu...kali ni moga grad dengan cemerlang dan dapat KONVO yea.....tengok, besau aku taip, betapa nak tekankan konvo tu, hahaaa, sapa yang rapat dengan aku mesti tahu kenapa, huuuu ;p

p/s: waiting for second news, hope it was a good news too..

tak sabarnya...agagaaaa...wait next update yes, will try to update something good and better. should be something ilmiahkan, hahaaaa.. apa apa ajelah cik ct wei...hah..byetHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-54750771465902618062013-06-28T10:35:00.000+08:002013-06-28T10:35:30.546+08:00Hari ini MelalutKasih sayang, terlalu indah untuk dikenang..

Huhuuu.

Jiwang sey lagu ni. Lupa dah tajuk apa. Tapi a few years before, kawan aku bagi lagu ni kat aku.

Mesti dia tengah hangat bercinta dengan seseorang dan nak sharing dengan aku kununnya.

hahaaa..Bestnya bila teringat kenangan masa muda belia..the most enjoyable time..

huuu.

Oh, bila mengenangkan kehidupan sekarang, sangat jauh berbeza. Adakah sebab peningkatan umur selaras dengan kematangan ataupun memang hidup aku sekarang tidak seindah zaman remaja. Mungkin kerana zaman-zaman kegemilangan sudah berakhir. Ada orang kata, untuk perempuan, biasanya zaman yang paling gemilang adalah pada umur 19 tahun hinggalah 23 tahun. Betulkah telahan aku ni? Atau hanya teori yang aku cipta sendiri berasaskan pengalaman sendiri..Woohaa.. Betullah kot, atau mungkin tengok pada individu la kot.

Umur dah makin meningkat, of course la jiwa pon cepat sensitif, walaupun sejak dari dulu agak sensitif. Tapi sekarang makin kerap pulak dihimpit rasa sunyi, rasa keseorang. Allahuakbar.. Apa nak jadi yea.

Sibuk memikirkan hal dunia sehingga kadang-kadang terlupa nak kejar yang akhirat...sob sob.

Kalau dulu hidup rasa terisi dan ada something fun yang boleh dibuat, tapi sejak dah bekerja, hidup sendiri ni.

Tetiba rasa i'm alone. Tetiba rasa takde kawan. Yelah bila dah umur macam ni, kebanyakkan kawan semua dah berumah tangga dan sekurang-kurangnya ada kawan spesial gitu.. hahaa..

Oleh hal yang demikian, aku punya kenalan pun sudah berkuranganlah untuk lepak-lepak hilangkan kebosanan.

Tiba-tiba la aku merenungkan apalah nasib diri ni... Aku fikir-fikir, kemudian, takde penghujung aku stop thinking sebab benda tu buat aku down. Semuanya akan terjadi bila ia perlu terjadi, right?

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-74078559821525336262013-06-20T14:14:00.003+08:002013-06-20T14:14:54.761+08:00Hitam PutihOla,

Hari ini terdetik untuk update blog. Sebab apa? Sebab aku dah terkena penyakit 'sawan' bosan.

Kenapa benda ni terjadi? Sebab tiba-tiba rasa hidup tak awesome, rasa boring, rasa sunyi.

Itulah hakikat sebenaranya. Dari pagi lagi bangun-bangun tido dengan keadaan tidak selesa.

Muka berpeluh-peluh, melekit, seperti baru balik dari marathin tasik kelana jaya, 30 round.

Okay, terlampau metafora. Huh! Sebenarnya panas sangat. Balik ni aku nak bawak masuk kipas satu lagi, tak kira la roomate aku cakap semak ke ape. Aku panasss..hmm.

Betul la, benda ni dah lama aku perasan. Kalau bangun pagi slec je rasa, seluruh hari tu. Aku akan rasa macam ada yang tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Cakap pun salah, tak cakap lagilah salah.

What happen to me? Grrrr..

Itu sikit je bab perasaan dalaman yang bercelaru nih, belum kira bab otak simpang siur nih.

Tambah-tambah dengan kesihatan yang tak berapa memberangsangkan. Dari semalam lagi pinggang aku sakit sakit macam nak patah riok. Baru notis, aku tak rehat secukupnya sejak balik dari kg + memang time dia sakit...wohaa..

Dah tua ke? Oh tidak..Aku yang suka paksa tubuh aku kerja lasak. Ganaz ku rasa macam tu.

hahaaa..

Oh ya, pe kaitan topik aku dengan benda-benda yang aku bebelkan kat atas. Macam tak de kaitan, de aku kesah? Ikut suka la nak tulis apa.huhuu..

Apa pun, yang dibuat, yang ingin dirancang, mesti tengok hitam putihnya. Jangan fikir sebelah je.

Still waiting a good news. I'm waiting.. i will be waiting. Yeaahaaa

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-42792079740859635692013-06-12T23:48:00.000+08:002013-06-12T23:48:00.629+08:00Hope. Past. PresentHalu halu. i`m in the house. Dah lama tak menjengah blog kesayangan ni.

Terlalu banyak yang telah aku harungi, pelbagai suka duka.

Berkilo kilo air mata, air liur keluar sepanjang penyepian aku ni.

Terdetik untuk update blog arini.

Beberapa hari ni, jiwa aku rasa tak tenteram, macam ada sesuatu yang tak terluah.

what should i do?

Aku harap, last year punya wish boleh dilaksanakan pada tahun ni.

Sila doakan saya yea.!

bling bling wat muka tak berapa nak comel...

huhuu

Ok! aku takde cakap lagi pasal azam aku tahun ni kan? Sama macam tahun lepas, cuma

azam terbesar aku tahun ni.. aku nak beli kereta dan sambung master. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

amin amin..

tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-2998152375805988172013-06-12T14:56:00.000+08:002013-06-12T14:56:17.753+08:00Lirik Lagu D’Masiv – Cinta Ini MembunuhkuKau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

[Reff]
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Back to Reff

Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

***Just for fun...tengah review post yang lama, then tiba-tiba teringat lagu ni.

Tiada apa yang untuk dilembutkan cik siti wei. terima kenyataan.tHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5795054238887877941.post-1015746370826967022013-06-12T14:11:00.002+08:002013-06-12T14:11:12.905+08:00KenanganHello, selamat petang.

Ok, baru balik dari lunch. Ada beberapa berita yang tidak menyeronokkan. Dengar cerita, esok my BIG boss akan announce pasal kita orang punya opis hour. Oh tidak! Kena balik pukul 6. Aku dah terbiasa balik pukul 5.30 kot. Nak tunggu pukul 5.30 pon ya ampun...derita wei.. derita.

hahaahaa..

Hopefully, dia tak jadi nak panjang tempoh kerja. If betul la kabar angin tu, aku memang jutaan terima kasih pada makcik yang duk depan aku ni. Memang saja je dia ni. Nak tunggu rajin ke apa. aiyokk..

Banyak lak aku punya mukadimah kan, padahal aku nya tajuk arini, 'Kenangan'...

Rasa macam banyak dah aku pos pasal kenangan ni. Betapa aku ni suka hidup dalam kenangan, tak bagus wei, tak bagus..tettttt!!

Sapa cakap kenangan tu tak penting kot, tapi kalu terus menerus hidup dengan kenangan yang ada. Aku rasa hidup tak kemana mana pun. Akan tetap ditakup yang lama. Life must go on.

Selalu je aku duk ulang-ulang cakap pasal life must go on, tapi until now, nothing i do. Just pretending forget everything but deep inside aku still memorizes benda lama. Huh! Teruk betul.

Kunun-kunun lupa tapi bila ternampak sesuatu, mula la meracau sorang-sorang. Sebab apa, sebab kau rasa tak sebahagia dia. Jeleskah?!

Sekarang aku kena rancang sesuatu, buat sesuatu. Apa pun aku kena tunggu result nanti. Bila yea nak kuar. aku harap sangat keputusannya posistif. huutHinker StaRhttp://www.blogger.com/profile/05389282461982303365noreply@blogger.com0