Skip to main content

Muhasabah Diri

Hari terdetik nak tulis entri baru sebab baru lepas hantar email kat team partner, ada satu kejadian yang buat aku terfikir dan terdetik sesuatu yang aku rasa penting untuk peringatan diri aku ni.
Pernah tak mengalami keadaan di mana semua orang salahkan kita, dan kita rasa kita tak bersalah. Ada kemungkinan kat sini, pertama kita memang tak bersalah tapi di salahkan a.k.a jadi kambing hitam untuk sesuatu kejadian yang orang lain tak sanggup nak bertanggungjawab dan kemungkinan kedua adalah sememang kamu bersalah!

Kalau keadaan pertama tu, tak dapat eden nak nolong, yang boleh hanya cakap peace yo, sabar ajelah, dugaan hidup, langit tak selalunya cerah, mendung akan berarak pergi, mungkin kalini kita di bawah, lain hari tiada siapa yang tahu..cehh..ayat kasi baik punya..HAHAH..

Okay untuk kes kedua, kita kena muhasabah diri, sebab biasa la manusia selalu rasa diri tu betul. Kita ego nak ngaku kesalahan diri, kita blame orang lain yang tak faham kita dan cuba kenakan kita walhal dah sah sah salah kita kan? Cuba kaji kenapa mengapa orang semua duk tunding jari kat kita. Adakah kita yang bermasalah, atau mereka yang saja buat masalah.

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap