Skip to main content

Kesopanan?

Sudah lama aku berkira kira nak taip entri yang baru. Tapi akhirnya, tetiba aku terasa nak menaip. Dah alang alang duk depan laptop. (Alasan sangat..padahal memang malas nak buka laptop kalau kat rumah).

Oh, TidakKKKK!!! Arini aku lunch sempat lagi membelasah KFC. glurp!! Semalam makan chicken chop hasil kawan aku merangkap housemate aku(Namakan dia Ms. B) belanja sebab lulus test lesen memandu. Suka sangat la teww..hahaa

Okay. Berbalik pada entri ni. Aku dengan keadaan perut kenyang dan rasa bersalah pada diri kerana berjaya menambah lemak yang sedia ada. Tetiba terdetik kat hati aku pasal kejadian semalam.

Okay, semalam aku dengan Ms. B ni, nak pergi makan kat satu kedai tu, kedai XXX la dekat depan rumah aku tu. Kami pon duduk la, belek punya belek menu tu, aku tak tau nak makan apa. Sama la juga dengan Ms. B. Aku pon tercakap la, terasa nak try la chicken chop
dekat pasaraya terkemuka tu. (terkemuka la sangat, teringat kejadian side mirror kete aku kena calar...sama calar dengan hatiku melihatnya T_T)

Sebelum kami nak blah tu. Aku biase la dengan style brutal n ganas aku ni. Main blah je if tak jadi makan melainkan aku ternampak pelayan tu nampak aku blah. At least aku akan cakap la, sori saya tak jadi makan dengan sengih kerang plus muka aku yang siyes.. ada aku kesah kau marah ke tak. Dah tetibe tak jadi, nak wat macam mana kan...
Ganas dooh aku ni. Ke kira tu takde adap?
huuhuaa..

Tapi semalam kan, aku tak sempat buat ape2 reaksi or say ape pon, Ms. B dah terlebih dulu cakap kat pelayan tu. Abang, jap ek, jap..saya nak pergi beli barang. pelayan tu dah tengok macam tu jea.. Macam dalam hati dia cakap, tak menyempat nyempat beli barang sampaikan nak blah cepat cepat..hahaa..
Aku pon tegur la Ms. B, perlu ke sampai tipu cakap nak beli barang sedangkan sebenarnya kita nak makan tempat lain. Ms. B pon cakap, ala nak jaga hati..
Oh..patut la minah ni suke cakap belit belit, pasal dia nak jaga hati sampai dia terlupa banyak yang sakit hati sebab dia nak jaga hati...hahaha..adoiyaiii..

Bagi aku kan, aku suka cakap terus terang, korang plak macam mane? Aku tak suke la nak cakap bengkang bengkok, kalu tak nak, cakap tak nak, bagi aku terus terang tu penting, lagipun takkan la pelayan tu nak kecik hati atau nak marah pasal benda kecik macam tu je..
Ke aku ni yang terlampau ganas sampai takde sopan santun....keliru. :(







Comments

Popular posts from this blog

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap