Skip to main content

Amarah

Perasaan marah atau amarah adalah sesuatu yang tidak elok dan bagus untuk diri dan kalau nak diikutkan agama kita pon menyuruh kita bersabar. Marah itu kawan syaitan.
Yess!! Aku tahu fakta tersebut.
Tapi..tapi..kadang-kadang perasaan amarah tu tak dapat dibendung.
Aku bukan hot temper, tapi aku sering cepat nak marah.
pasai apa? Pasal aku rasa benda tu tak patut terjadi. Sebab apa, sebabaku dah explain dan cakap berulang kali, tapi masih ada yang buat tak serupa macam aku nak.
Aku bukan seorang yang nak semua nak perfect jer. Tapi at least, please la jangan buat something yang undang amarah aku, aku cuba nak bersabar dooh..

Sejak dari semalam lagi aku rasa nak marah, nak marah sebab aku kecewa sebab orang tak faham aku, dan tak buat macam aku nak walaupun aku dah cakap berulang kali.
Lepas tu, arini terjadi la. Aku adela order satu barang ni online la. Aku ni bukan sejenis manusia yang suke beli online. Selama aku hidup ni leh kira dengan jari berapa kali aku beli online, tak sampai 5 kali wei... Aku rasa ni kali ke ,4 kot aku beli online.
Dan, as usual, aku selalu tak berpuas ati dengan service online ni. Sorry to say la.
Dulu aku beli barang, aku rasa tak puas hati sebab, barang yang sampai tak macam aku bayangkan, so aku jadi macam serik la.

Kali ni aku try sekali la. Sebab baru je beberapa hari lepas aku beli cover untuk tab aku tu okie, time tu pon aku terpaksa beli, sebab susah nak cari yang jenis tab aku tu.
Aku order la satu barang tu, aku punya la tanya elok-elok nak hantar ari apa, dia cakap jumaat. SO aku tanye la, sabtu leh sampai ke. Kalu boleh sampai sabtu, hantar dekat rumah la. So aku bagi la alamat rumah. Tup-tup sampai semalam aku duk usha pos laju tracker tu takde langsung pon rekod untuk barang aku tu. Arini aku check tup tup. EH dah hantar, dekat rumah lol.
Dan rupanya dia hantar ke rumah SEMALAM. memang sah sah la takkan sampai rumah semalam, mesti la sampai arini. kan dah susahkan aku...nak pegi ambil barang dekat pejabat pos petaling jaya tu...Mintak mintak barang tu aku puas hati, kalo tak..memang makan sumpah je penjual tu dengan aku... @_@


~terpaksa jadi kurang ajar cikit. huh!








Comments

Popular posts from this blog

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap