Skip to main content

Di sana, di sini; Begitu,begini.


Kadang-kadang kenapalah sesetengah orang suka membuatkan sesuatu yang mudah tu jadi payah? Sungguh aku tak faham.

Contohnya begini,

Orang pelik > Eh mane dekat n tak jem kedai berger dinosour dengan kedai nasi gulai sliper jepun
Orang bingung > Eh kau nak gi ngan sape ni? Cpt ckp baru aku bgthu...lalalalalalalaaaaa
Orang pelik > bukan aku tanya la ngok, kawan aku.
Orang bingung > Memang la kawan ko tanya, tapi ko mesti gi jugak kan? Macam la aku xtau. aku takdela bongok sangat.
Orang pelik > Eh, sejak ko nak masuk sekolah ni, makin bijak la. hahaha
Orang bingung > Ala, ko tu suke ckp belit belit. Susah tul nak cakap straight to the point. Nak kuar dgn "kwn" ko tu cakap je la.
Orang pelik > Eh mane ade aku cakap belit, ko ni mandai je.bla bla bla (ayat orang yang nak ngelat. sbb dah kantoi)
Orang bingung > wat ever
Orang pelik > hahaa...nada tak puas ati nampak
Orang bingung > .....not reply anymore (dalam hati ade lava mengalir)


Moral of story, susah ke wei nak cakap terus terang, if nak makan nasi, cakap jela nak makan nasi, tak payah cakap aku tak nak makan nasi, tapi aku lapar, sebab tu aku makan nasi. Mungkin aku ni jenis cakap tak berlapik, just cakap je benda betul, sebab tu aku tak reti dan tak suke orang cakap belit belit. Apa masalah kalau cakap je apa yang betul dan yang lurus. Susah ke.??!

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap