Skip to main content

Hitam Putih

Ola,

Hari ini terdetik untuk update blog. Sebab apa? Sebab aku dah terkena penyakit 'sawan' bosan.
Kenapa benda ni terjadi? Sebab tiba-tiba rasa hidup tak awesome, rasa boring, rasa sunyi.
Itulah hakikat sebenaranya. Dari pagi lagi bangun-bangun tido dengan keadaan tidak selesa.
Muka berpeluh-peluh, melekit, seperti baru balik dari marathin tasik kelana jaya, 30 round.
Okay, terlampau metafora. Huh! Sebenarnya panas sangat. Balik ni aku nak bawak masuk kipas satu lagi, tak kira la roomate aku cakap semak ke ape. Aku panasss..hmm.

Betul la, benda ni dah lama aku perasan. Kalau bangun pagi slec je rasa, seluruh hari tu. Aku akan rasa macam ada yang tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Cakap pun salah, tak cakap lagilah salah.
What happen to me? Grrrr..

Itu sikit je bab perasaan dalaman yang bercelaru nih, belum kira bab otak simpang siur nih.
Tambah-tambah dengan kesihatan yang tak berapa memberangsangkan. Dari semalam lagi pinggang aku sakit sakit macam nak patah riok. Baru notis, aku tak rehat secukupnya sejak balik dari kg + memang time dia sakit...wohaa..
Dah tua ke? Oh tidak..Aku yang suka paksa tubuh aku kerja lasak. Ganaz ku rasa macam tu.
hahaaa..

Oh ya, pe kaitan topik aku dengan benda-benda yang aku bebelkan kat atas. Macam tak de kaitan, de aku kesah? Ikut suka la nak tulis apa.huhuu..

Apa pun, yang dibuat, yang ingin dirancang, mesti tengok hitam putihnya. Jangan fikir sebelah je.
Still waiting a good news. I'm waiting.. i will be waiting. Yeaahaaa




Comments

Popular posts from this blog

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap