Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Cubalah

Di sepanjang ranjau yang aku mendatangi.. Kepasrahan, keresahan sering berganti... Puing-puing cerita semalam.. menenggelamkan jiwaku... Aku cuba tersenyum di atas semua kepahitan.. walaupun senyumku hanya dihujung bibir.. Perasaan itu aku biarkan timbul tenggelam di benak.. Mungkinkah ada penghujung kepada semua cerita.. tatkala hanya hatiku yang mula berbicara... Setiap hati, setiap masa.. Aku bisikkan ke dalam jiwa... Perasaan yang harus aku ada... Ingatan yang harus aku simpan.. Ingatan yang harus aku pendam.. Walaupun dipertengah aku tak mampu bertahan.. Aku cuba mengumpul tenaga yang ada.. Ku atur langkahku segagah yang boleh.. Biarpun langkahku terlihat pasung.. Ia tetap aku... Yang cuba untuk berdiri.. Dengan kedua belah kaki... Yang aku miliki..

Terima Kasih

terima kasih di atas kesakitan ini.. kerana dari kesakitan ini.. aku tahu nilainya sebuah perasaan.. terima kasih di atas kekecewaan ini kerana dari kekecewaan ini.. aku tahu ertinya sebuah harapan. terima kasih di atas keperitan ini.. kerana dari keperitan ini.. aku tahu erti ketabahan.. terima kasih di atas kenangan itu.. kerana dari kenangan itu.. aku belajar erti kehidupan. terima kasih di atas kasih sayang itu kerana dari kasih sayang itu aku jalani semua pengertian..

Ku titipkan sebuah puisi buat dirimu

kau hadir disetiap langkahku.... bayanganmu menjelma disetiap ruang fikiranku... hatiku merasa kekosongan... kerna aku tahu.. aku hanya mengintai bayang-bayang.. yang takkan bisa aku gapai dalam genggaman... hadirmu hanya sekejap cuma... namun kisahmu ku bawa bersama. Secarik keresahan, selembar keperitan.... Yang ku cantum sebagai satu kenangan... Yang membuat jiwaku bergelora... Memanahkan bilah-bilah kekecewaan... Hatiku hanyut tanpa arah tujuan... walaupun di kotak fikiran.. ku tahu kau hanya bayang-bayang.. biarpun tanpa sedar.. Ku harap bayang-bayang itu menjelang. Ku tekadkan di dalam hati... kau bukan untukku lagi... akan ku redha pemergian dirimu... kerana ku tahu kau akan bahagia tanpa diriku.

For The 1st Time

          Dah lama betul aku tak update blog aku ni. Yelah sejak awal tahun ni kot. Berbulan gak aku mendiamkan diri.Kemalasan yang amat betul aku ni kan..hehe.Kalau tak malas tu bukan aku lah yea.. :P ok by the way. 2 Mei 2012 tarikh keramat di dalam kamus hidup aku. Apa yang keramat sangat tu ek..       hehe..Yelah pada hari tulah bermulanya perubahan dalam hidup aku. Aku dah tak jadi penganggur terhormat dah.Tu kerja PERTAMA aku okay! Mana tak keramatnya..hehee..i shoud remember this date forever ma.. hehee..Kat mana ek aku kerja? NO no no tak leh state...position apa..biarlah rahsia dahulu wat masa ni..huhuu.                Ok berbalik pada 1st day aku tu, takde pe sangat la. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun, pukul 6 pagi kot.Awal tak awal. Sebelum ni dah lama giler aku tak bangun seawal tu. Pastu popapapa..siaplah nak g keje. Kul 6.45 pagi aku dah terpacak kat tepi jalan tu. Kenapa kenapa..Aku g kerja dengan bas okay.. Ops! lupa nak habaq, aku start kerja pukul 9 pagi lo