SELAMAT DATANG!

WELCOME TO MY PAGE JANGAN LUPA JADI FOLLOWER DAN BAGI KOMEN ANDA OK

Sunday, March 18, 2012

kawan-cinta-sayang-kasihan

Pelikkan hidup ini. Dari tidak menyapa, akhirnya menjadi kenalan, kemudian detik perkenalan membawa kepada hubungan persahabatan. Gurauan, senda, dan segala curahan rasa dilemparkan. Walaupun kadang-kadang bahasa yang digunakan kedengaran kasar, namun kita boleh jadi kawan yang sekepala. Namun, kita hanya manusia biasa. Kebiasaan menjadi keperluan. Kita mula melangkah ke alam percintaan. 

Sekarang bermulalah segala detik kemanisan, dan kegembiraan. Pada mulanya, semuanya kedengaran indah. Segalanya kelihatan elok. Cinta yang berputik menimbulkan sayang. Yea..sekarang bermulalah erti sebenarnya percintaan tersebut. Segala kemanisan, kegembiraan ditambah secukup rasa dan diselang seli dengan kepahitan, kesedihan, kedukaan, kekecewaan. 

Setelah semua rencah perasaan dirasai, kasih sayang yang menggunung menjadi pengakhiran segalanya. Cinta yang dipegang, sayang yang digenggam akhirnya terpaksa dilepaskan. Akhirnya, cinta bertukar menjadi kasihan. what a bull shit...hurmm

No comments:

Post a Comment