Malam ni tiba2 je jadi teringat sume peristiwa, setiap apa yang aku lakukan, yang aku tuturkan, semuanya mengingatkan kisah-kisah lama yang aku cuba lupakan. Aku semakin rasa tidak terdaya, seolah-olah semuanya mencengkam jiwaku, menyentap hatiku. Sungguh aku rindukan dia, walaupun aku selalu berbisik kepada sang hati, tak usah dirindu pada yang tak sudi, tak usah menanti pada yang telah pergi.
Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri. Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar. Gusar bilakah ia akan berakhir. Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri. Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri. Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan. Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala. Bilakah ia akan berakhir. Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku.
Assalammualaikum...
ReplyDeleteHari semalam adalah kenangan dan memori yang indah dalam lipatan kamus hidup saudari...tp jadikan lah hari ini adalah lebih baik daripada semalam...
Cinta itu tidak semestinya memiliki apa yang dicintai dan dikasihi...itu.
Walaupun si dia sudah tidak mengasihi saudari...tp apa yg penting Allah masih sayang kat kita kan....sebagai HAMBA ALLAH
Panjatkan doa dan pengharapan hanya kepadaNYA....
Wassalam.......
pls: Pape nanti komen kat blog ana pulak k....salam ukhuwah...
waalaikummusalam,
ReplyDeleteterima kasih di atas komen saudara. Saya hargainya :)