Skip to main content

~cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa-Dhia~


Hari ni last episode slot drama Tentang Dhia. Sebenarnya aku tak layan pun cerita tu, tapi bila tengok kat fb ramai je kawan2 fb aku yang cerita pasal cerita dia...ada yang cakap touching la, dan ada gak yang macam tak puas hati dengan ending dia. Biasala tu, drama kan. Aku pun kadang2 selalu gak tertengok drama yang sad ending. Memang rasa tak puas hati giler!! Nak  je suruh dorang tukar jalan cerita....wakakaa..boleh lak macam tu. Tu belum kira pasal cerita indon, banyak songeh + cerita melalut, yang jahat asyik wat jahat jew, tak rasa boring ke, yang baik lak asyik slow motion jew, lemah sangat sampai asyik kena buli je sepanjang cerita....ahhaaa...syok je aku complain kan? Padahal tiap pukul 6.30 ptg tuh, aku layan jerk cerita Nada Cinta.. hahaaa..mungkin sebab aku bosan sangat kot tambah2 adik aku layan je sampai umi aku pon join sekali. Padahal dah lama aku pencen tengok cerita indon, sebab aku tak suka, drama dia asyik ada masalah je, sampai aku pun pikir hidup ni penuh dengan masalah, tiada yang best dalam hidup, ekekee yang baik lak asyik nak mengalah je...alahai lemahnya hidup...so aku stop tengok drama indon, tapi yang cerita Nada Cinta tu, aku leh lak g layan balik...hahahaha...pe pun layanggg...    
 
 Ok, ok..mesti ada yang pelik. Apa pulak kaitan cerita aku kat atas tu dengan tajuk aku kali ni. Sapa kata takde kaitan. Adalah..meh aku nak cerita..hikhikk  


Alkisahnya begini, bila aku dah tengok semua status kawan2 kat fb aku, aku terbaca satu status ni, "cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa" aku tak sure ayat ni Dhia heroin dalam cerita Tentang Dhia yang cakap ke orang lain yang terlibat dengan cerita tu, tapi semuanya dipetik di sana...mungkin..huhu
Berbalik pada ayat tu, buat aku terfikir. Oh! Macam terkena kat batang hidung aku je..hahaa...adoii..agak terasa di situ. Betul kea, kalau cinta tanpa restu bagai jasad yang tiada nyawa, so it's mean macam tanpa soul/ roh lah kan?? Semua tu buat aku terfikir, macam tu ke? Ni ke sebab punca aku dengan B putus? oh no.. Sepanjang aku dengan dia tak rasa pulak macam tu, adakah si dia rasa macam tu? Fikir punya fikir, aku tak tau apa yang patut aku fikirkan...ahhaa...sebabnya, aku dengan dia dah takde apa2 hubungan.. So ape kejadahnya aku fikirkan benda yang dah lepas... Benda yang dah berlalu dalam hidup aku.. ok..sebenarnya aku mengaku aku still ada kesan sampingan dari kisah tersebut...ahhaa.. Mungkin aku tak dapat tangkap maksud tersirat dari ayat tu, sebab aku tak layan cerita Tentang Dhia tu, perlukah aku tengok balik untuk mendalami maksud dia? Oh tidak!! Tu semua tak perlu, membazir masa je kan... Life must go on..

Asyik kata macam tu.. Hari2 berazam nak berubah, nak bukak buku baru, tapi last2 macam ni gak.. Nampaknya aku kena start kayuh perlahan2 la ni tuk berubah, beberapa hari lagi dah nak akhir tahun.. Kena start fikir azam baru la ni....huhuuu



Comments

Popular posts from this blog

Bilakah

Menunggu bilakah episod ini akan berakhir. Adakah ini kesilapan aku dalam membuat keputusan. Adakah ini kerana pilihan aku sendiri.  Dua persoalan ini berlegar-legar menggetuskan satu perasaan gusar.  Gusar bilakah ia akan berakhir.  Kerana pandemik ini, aku banyak menghabiskan waktu sendiri.  Tanpa agenda yang buat aku lupa aku hanya sendiri.  Kecewa, kesedihan, kekosongan, kehilangan, keresahan.  Kenapa semua rasa ini berkecamuk di dalam jiwa, di dalam kepala.  Bilakah ia akan berakhir.  Dan di mana penghujungnya.... Pandemik ini atau aku. 

kehidupan

Akhirnya, selepas berbulan-bulan aku cari kerja..tapi still tak dapat-dapat. Aku nekad nak mai gak sebelah barat ni..huhuu..tak sampai 24 jam..aku dah mula rindu rumah, rindu family aku. Ya Allah swt, betul ke tindakan aku ni. Jiwa aku kacau bilau. Mungkin ni jalan yang harus aku tempuhi, aku tak boleh nak cengeng, tak boleh nak lembik. Aku mesti kuat!! Aku power puff gurl ok..hahaa.. Walaupun dah berbulan-bulan, dah sampai setengah tahun, aku still tak boleh kawal emosi. Wake up baby!! argh..geram. Sebab aku sengal + bodo kot..hurmm..tak pasal-pasal sumpah seranah diri sendiri. Aku harap sangat-sangat hidup aku akan berubah, lebih bernyawa gitu..hahaa...erk. sebelum ni dah nazak ke..waa...pe aku merepek merapun ni. Sebenarnya, tadi banyak aku nak cerita, tapi bila dah start menaip, terus hilang..hahahaa..so tak dapatlah nak luahkan isi hati yang sebenarnya. wa rasa sebal wei. :((

Action Speak Lounder Than Words

Kata-kata yang indah terucap mampu membuat hati kita mendayu-dayu. Bait kata yang terucap mampu mengetarkan jiwa yang mendengar, membangkit rasa teruja, gembira dan juga perasaan dibelai. Betapa besarnya kesan kata-kata terhadap hati manusia. Itu aku tidak nafikan. Tapi bagi aku kata-kata itu sungguh indah jika dapat dilafazkan. Dan aku sering berharap dan cuba belajar untuk mampu meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu lafazkan untuk membuatkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Aku cuba. Walaupun aku sejenis manusia yang susah untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati. Dan itu yang sering membuat aku rasa terkesan. Aku tahu kata-kata begitu adalah perlu untuk kita meluahkan perasaan sebenar hati. Jujur dengan rasa hati. Tapi bagi aku, kata-kata adalah sekadar kata-kata. Kata-kata jika hanya sekadar dilafazkan tanpa perbuatan yang selari tidak memberi apa-apa makna.Perbuatan yang lebih penting dalam menunjukkan rasa sayang, kasih dan cinta. Jika dikata sayang, ap