Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Hidup Dalam Kenangan

Malam ni tiba2 je jadi teringat sume peristiwa, setiap apa yang aku lakukan, yang aku tuturkan, semuanya mengingatkan kisah-kisah lama yang aku cuba lupakan. Aku semakin rasa tidak terdaya, seolah-olah semuanya mencengkam jiwaku, menyentap hatiku. Sungguh aku rindukan dia, walaupun aku selalu berbisik kepada sang hati, tak usah dirindu pada yang tak sudi, tak usah menanti pada yang telah pergi.

Hari hariku

Hari kelmarin bukan utk ditangisi, bukan utk diingati, tapi peristiwa utk dijadikan pengajaran Hari ini bukan utk kita duduk menangisi peristiwa kelmarin, dgn menyesal apa yg telah dilakukan kelmarin,  tapi hari ini utk merobah segala yg berlaku kelmarin, dgn melakukan yg terbaik utk hari ini Hari esok bukan utk dikejari, bukan utk diangan-angankan... tapi hari esok adalah pencetus dari apa yg kita lakukan pada hari ini...

~cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa-Dhia~

Hari ni last episode slot drama Tentang Dhia. Sebenarnya aku tak layan pun cerita tu, tapi bila tengok kat fb ramai je kawan2 fb aku yang cerita pasal cerita dia...ada yang cakap touching la, dan ada gak yang macam tak puas hati dengan ending dia. Biasala tu, drama kan. Aku pun kadang2 selalu gak tertengok drama yang sad ending. Memang rasa tak puas hati giler!! Nak  je suruh dorang tukar jalan cerita....wakakaa..boleh lak macam tu. Tu belum kira pasal cerita indon, banyak songeh + cerita melalut, yang jahat asyik wat jahat jew, tak rasa boring ke, yang baik lak asyik slow motion jew, lemah sangat sampai asyik kena buli je sepanjang cerita....ahhaaa...syok je aku complain kan? Padahal tiap pukul 6.30 ptg tuh, aku layan jerk cerita Nada Cinta.. hahaaa..mungkin sebab aku bosan sangat kot tambah2 adik aku layan je sampai umi aku pon join sekali. Padahal dah lama aku pencen tengok cerita indon, sebab aku tak suka, drama dia asyik ada masalah je, sampai aku pun pikir hidup ni penuh denga

Kesetiaan?

Tadi aku pergi hantar adik lelaki aku naik bas nak pergi balik perlis, dan sudah semestinya umi dengan adik aku yang bongsu ikut sekali. Nak dijadikan cerita, adik aku suruh makwe dia belikan tiket. Makwe dia lak mak ayah adik2 dia beserta dengan nenek dia hantar dia kat stesen bas Kok Lanas tuh. Ok, lepas tu tiba2 lak abah aku sampai gak lepas balik dari masjid. CHop2!! bukan semua tu yang aku nak kongsikan kali ni, lagipun semua tu takde kaitan langsung dengan tajuk aku ni  :p hehee Alkisahnya begini, maklumlah dah jumpe bisan2, mula la topik umi aku ni. "Bagaimana ek ngn mak si S tu? $W%$#$%#  tak dia? " Umi aku membuka topik dia, cheh, dalam hati aku, nape lak tibe2 lak umi aku ni. Aku pun bagi la respon, " Nape? orang rasa tak la, dia segan kot, takkan dia nak wat ramah, nanti nampak sangatlah dia tu nak berbesan dengan kita, Cu kalau umi, mesti takkan nak nampak sangat suke kat pakwe orang kan? Pastu tibe2 nak wat ramah mesra dengan mak bapak pakwe orang, lagip

Menyesalkah Aku..

p/s : Aku di antara persimpangan masa lalu dan masa depan :) Menyesalkah aku? Kerap kali ungkap ini tenggelam timbul dalam fikiran aku. Kadang2 melihat rakan2 yang terus maju kehadapan, aku sedikit terkilan dengan arah tuju hidup aku. Yea, siapa tak terdetik bila melihat rakan2 pantas mendaki puncak kehidupan sedangkan aku masih di takuk lama. Tapi apabila difikirkan balik, tiada apa yang perlu aku sesalkan kerana inilah jalan, inilah kehidupan yang aku pilih. Aku harus bertanggungjawab dengan pemilihan aku, kehendak aku, tiada penyesalan ok! Tapi perasaan terkilan itu membuatkan aku terasa yang aku harus mara ke hadapan dengan membuatkan masa lalu sebagai pedoman dan kenangan yang tak mungkin aku lupakan, kerana masa lalulah yang membawa kepada siapa aku pada masa sekarang. p/s : banyak sgt jalan nak pilih, last2 pening :) Sesetengah masa lalu mungkin boleh diperbaiki namun kadangkala ada sesetengahnya tidak akan mungkin untuk aku padamkan,untuk aku perbaiki, kerana semua

Pergi Tanpa Alasan

aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang aku luksikan cinta di hati tak terbatas lagi cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu kepergianmu tanpa alasan yang pasti kau buat hatiku kini lemah tak berdaya semakin hancur hatiku ini tanpamu ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega kepergianmu tanpa alasan yang pasti kau buat hatiku kini lemah tak berdaya semakin hancur hatiku ini tanpamu ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega semakin hancur hatiku ini tanpamu ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Like a crazy girl and i was hunting him??

oH! What was going on?! Aku beberapa bulan ni jadi seperti gadis yang gila mengejar sesuatu yang telah pergi. Kenapa? mengapa aku jadi macam tu...bila fikir2 balik, malunya aku. Malu pada dia. Kenapa aku tak bagi ruang untuk dia, untuk aku? Betapa ceteknya pemikiran aku, aku takut kehilangan dia, aku takut dia makin jauh dari aku, sedangkan pe yang aku buat membuat dia makin pergi, makin menghindar, Kenapa kalau dulu boleh aku fikir " jika dia untuk aku, insyaallah dia akan kembali, dia akan kembali mencari aku, jika dia betul2 cinta" Oh! kenapa sekarang aku dah tak boleh fikir macam tu, kenapa aku seperti terdesak. Yesss!! coz i love him, kerna jiwa ku kosong tanpa dia. Betapa bodohnya aku. Sepatutnya jiwa aku yang kosong diisi dengan mendekatkan diri dengan tuhan. Bukan dengan cinta yang tak tau penghujungnya. Insyaallah, if jika hatiku dekat dengan Allah. hatiku akan gembira, tenang, sudah lupakah aku.. ketenangan itu.. Yaa...sekarang aku hanya harus membawa diri aku

Kebenaran

Ok..dah lama sesangat dah aku tak update blog ni. Bukan takde idea, banyak sangat mencurah-curah, tp aku je rasa malas nak taip-taip. Last-last memendam rasa, wat pekasam, akhirnya makan diri. kalau ikan tu sedap la jugak aku wat pekasam, hahaaa...adoiiyaii.. Sekarang ni, banyak sangat masalah yang aku cipatakan. Masalah dalaman dan luaran. Yang boleh terluah, dah aku luahkan, but part2 xleh nak luah tu, erk...da sasau sorang2...waaa :(( i really mish him!! aku tau aku je yang rindu dia, padahal dia da xrindu ag....sadis kan.. Oh! aku patut lupakan je pasal tu, kalau betul dia untukku, dia akan kembali. Sekarang aku kena fikir pasal masa depan aku. Aku kena pilih jalan yang aku nak tuju....Ya Allah swt semoga aku diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan.